Blogger Backgrounds

Rabu, 18 Mei 2011

Kehampehan Lu Langsi Lu Mati : Kongsi

Semangat aku bila membeli tiket untuk menyaksikan filem ini yang di opening kan pada tanggal 12 Mei 2011. Kenapa? Sebab sebelum ni tengok gazet memang best di tambah pula pelakon nya artis paling popular 2010. Tayangan 1 jam 30 minit ternyata memang mendukacitakan walaupun panggung penuh (emm maybe diaorang pun datang tengok sebab macam aku kerana gazetnyer) Aku pun tak pasti nak letak cerita ni dalam aksi atau komedi atau aksi komedi kerana pada aku semuanya tak tepat menggambarkannya. Shahezy Sam punya dialog keseluruhan filem ini tak sampai 100 patah…

Jalan cerita tak kuat langsung, buat asal jalan je ceritanya. Ada watak yang syok sendiri, ada watak yang just keluar untuk dialog dan tanpa babak yang kuat untuk mengaitkan dengan cerita.

Babak yang aku rasa paling sia-sia adalah waktu scene kejar mengejar antara kereta polis dan jentera drift? Apa makna tu? Satu lagi dalam cerita ni ada dua scene roadblock..jika di perhatikan betul2 kereta sutera yang melalui roadblock ini adalah kereta yang sama berdasarkan sticker sutera club. Aksi kejar mengejar yang entah alih2 nak kejar tanpa ada kesan dari aksi itu.

Aku nak komen pun xtau camne, yang penting jangan ler pergi tengok, nescaya anda pasti menyesal dengan duit tiket yang dikeluarkan serta pembaziran masa 1 jam 30 min didalam panggung dan keluar dengan terpinga2, “inikah kesudahannya?”
Watak dalam film ni Kalu ganas komedi aku tak kisah tapi ni ganas bodoh, bodoh yang amat sangat bodoh. Dari 5 binatang, inilah film paling teruk aku tengok..aku bagi 1 binatang. Memang tak berbaloi dengan RM 10 tiket.

Tapi aku suka dialog2 dari artis india selaku ketua gangster india, skema beb..
Inspektor : Awak ada buat pasal dengan orang ke?

Gengster india : saya ada berkata kepada mereka, yang tua dihormati dan yang muda di sayangi, tp saya tak tahu siapa yang bunuh dia, yang muda ke yang tua..warghhhh I need ur shoulder….


Jadi ingat tak semua lakonan artis paling popular itu adalah the best…

0 Komen: