Projek fasa 2 akan bermula iaitu pembinaan pagar rumah bagi mengantikan pagar yang diberikan pemaju (pagar ijau). Urusan lukisan pelan sedang berjalan menggunakan khidmat seorang freelance yang merangkap runner bagi segala urusan dengan pihak majlis perbandaran tempatan di mana zon kuasa rumah aku berada. Dijangka kelulusan dalam masa seminggu, selepas itu baru bermula fasa kerja-kerja kontraktor bagi pembinaan pagar yang aku jangkakan mengambil masa dalam seminggu jugak.
Fasa kedua juga merangkumi penambahan perabut dalam dan serba sedikit perkakasan elektrik di dalam rumah yang masih belum lengkap pada fasa 1 yang amat huru-hara di sebabkan kesengalan kontraktor wiring.
Aku jangkakan semua kerja yang terlibat dalam fasa 2 ini akan selesai penghujung bulan ini.
Oh ya wallpaper tiba-tiba muncul dalam fasa ini? Emm nak beli ke idak hehehhehe
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan