Blogger Backgrounds

Rabu, 5 Oktober 2011

Surat Untuk PLUS




Saya antara jutaan pengguna Lebuh raya Utara Selatan hampir 14 tahun. Perjalanan biasa saya adalah di antara Tol Ayer Hitam Johor dan Sungai Besi Kuala Lumpur. Pada 3Oktober 2011 kira-kira jam 8.56 malam saya telah singgah di R&R Jejantas Air Keroh Arah Selatan untuk membeli minuman dan membasuh muka di bilik air yang di sediakan.

Sebaik turun dari kereta dan melangkah ke koridor bilik air, saya telah di sapa mesra oleh seorang pekerja pembersih yang saya percaya berdasarkan baju yang dipakai jingga putih tertera dengan jelas perkataan kontraktor Propel Saya agak terkejut kerana sepanjang menggunakan ke semua bilik air di sepanjang R&R PLUS selama ini belum pernah ada sesiapa pekerja pembersih yang menegur saya.

Teguran sopannya mudah, “encik mahu mandi ke? Basuh muka?” saya hanya mahu membasuh muka sahaja tujuan ke situ dan seterusnya dia menyatakan bahawa tisu ada tersedia di tepi dinding sinki. Saya mengucapakan terima kasih dengan senyuman kepada pekerja berkenaan.Pada mulanya saya agak terkejut berdasarkan pengalaman penggunaan sebelum ini di bilik air PLUS belum pernah ada yang menegur dan memberi sapaan mudah. Saya anggap satu layanan baik dari lelaki India berusia dalam lingkungan 40 ke 50an tersebut. Selesai menggunakan bilik air berkenaan saya duduk di hadapan kereta dan mendengar lelaki itu memberi tunjuk ajar kepada seorang lagi pekerja perempuan untuk bekerja dengan betul bagi memastikan kepuasan pelanggan yang akan menggunakannya nanti.

Sikap lelaki ini walaupun tidak seberapa tapi ia jelas memberi kepuasan dan penghargaan kepada saya dalam menggunakan lebuhraya PLUS selama ini. Tahniah ke atas lelaki berkenaan, saya sebagai pelanggan bukanlah mahukan layanan sapaan dan teguran berterusan cukuplah dengan sekecil senyuman yang mampu memberi seribu makna.

hyrul.melaka

0 Komen: