Set mind golongan muda sekarang tiba je hari raya haji adalah orang tua pergi Mekah atau mungkin satu hari nanti diaorang akan panggil Arab Saudi plak) dan kedua sembelih lembu tanda pengorbanan. Emm suka atau tidak, betul atau salah itu hakikat. Berapa ramai golongan ini kalu kita Tanya apa cerita disebalik wujudnya hari raya haji ini? Cuba lah tanya. Hehehehe.
Dah lama aku perhatikan, bila tiba hari raya korban memang sudah kemestian umat islam di Malaysia ini berlumba-lumba membuat korban sama ada lembu ataupun kambing atau lebih glamer lagi Unta. Tak salah dalam melangsungkan ibadah itu, cuba apa yang aku lihat ia seolah-olah telah membazir dengan limbahan daging korban yang terlalu banyak. Dirumah aku xkurang 10kilo daging telah di sedekahkan oleh Masjid di kawasan aku dan juga orang perseorangan.
Terima kasih kepada yang memberikannya, semoga pengorbanan sembelihan anda di terima oleh Allah.Namun aku terfikir terlalu banyak di sumbangkan di sesuatu tempat, kenapa tidak pada masa akan datang ia dibuat secara berlainan iaitu seperti menyumbangkan agihan daging tersebut di tempat2 yang lebih memerlukan? Kenalpasti dan dibuat agihan dengan jumlah sewajarnya, atau pun lebih baik lagi menjadikan ia dalam bentuk masakan dan meraikan bagi mereka yang berhak mendapatkanya seperti rumah orang-orang tua dan juga rumah anak yatim ataupun madrasah2 ilmu yang dinilai boleh menerimanya?
Itu hanya pandangan, sebab aku tak mahu satu hari nanti akibat kemewahan sesetengah golongan membuat korban hingga terlupa objektif dan matlamat sebenar upacara sebelihan di hari raya korban ini. Jangan lah terjadi seperti golongan kini yang semakin lupa apa tiu pengornabana di hari raya haji ini? Haji? Korban? Cuti?
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan