Pahang dan johor adalah 2 negeri berbeza, satu selatan dan satu lagi kategori timur. Kalau bendera ia berlainan tentu sahaja loghat dan gaya hidup nyer juga berbeza. Habitat dan golongan yang tinggal juga aku boleh kategorikan sebagai berbeza juga.
Nasib aku memang ditakdirkan merasai kenikmatan dan suka duka di dua negeri ini. Yea persamaan nyer itu pasti dan juga aku pernah berkhidmat di kedua-dua negeri ini. Terima kasih kepada semua yang mengajar aku erti kehidupan di tempat-tempat ini. Aku yang dahagakan pengalaman memang amat benar-benar menghargainya.
Persoalan timbul, bila mana orang kerap ada yang mengatakan aku ini orang Pahang, kelahiran Pahang dan berasal dari Pahang. Mengapa? Gara-gara aku pernah berkhidmatan di Pahang dan aku kadangkala menggunakan loghat lenggok Pahang. Membuatkan aku tersenyum bahawa aku berjaya mengaburi identiti sebenar hakikat asal kelahiranku. Memang Pahang banyak membentukku mengenai masyarakat dan budaya hidup merkeka sehinggakan aku telah menyerap segalanya tanpa aku sedari.
Dakwaan ini jika dilihat bukanlah sesuatu yang besar bagi aku, namun secara lebih mendalam aku telah hilang akan cara keselatananku yang patut ada di dalam jiwa aku ini.
Sesungguhnya di mana langit dijunjung di situ bumi ku pijak, namun mengapa dah lama aku berpijak di negeri hang tuah ini aku tak boleh menyerap apa-apa…hehehehe sesungguhnya yang pasti aku adalah orang Johor.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan