Kisah 1 : Buli
Semalam aku on the way ke Autoshow Gegaria harian metro di dataran klebang (konsert sorry aku xlayan just for otoshow sahaja), mcm biasa jalan dari Bandar menghala ke pantai ini akan menjadi jem yang amat teruk, malah teruk pun lagi ok berbanding apa yang aku lalui, bayangkan 4 km jarak terpaksa melalui perjalanan dalam 90 min? what the frog kan…
Macam biasa apa akan jadi kalu dari 2 lane menjadi 1 di atas jalan raya itu? Semua kereta berebut nk masuk ke lane yang telah menjadi tunggal di hadapan..Apa sepatutnya masyarakat yang berpekerti tinggi buat bila berlaku situasi cmni? Yea berebut masuk tanpa fikir law (masuk bergilir secara berselang seli) Tambahan plak kete beliau telah dibikin ala2 street racing (yg aku fikir tahap Ah-Beng) Sorry lah bro aku dh lama main kete aku tau apa modified kete low class dgn high class. So jangan nak menunjuk sangat. Mentang-mentang aku bawa kete stendet beliau nk tunjuk hebat. Aku tak marah sebab aku dh lama hidup di jalanraya di Malaysia ni. Cuma pelik kenapa aku tak buat macam beliau ketika aku bawa kereta modified aku? Sebab aku bukan sebaik orang Malaysia tadi. Jelas bukan.
Kisah 2 : Mana Garisan Traffic Lite?
Oh ya bp jauh kah sepatutnya anda berhenti atau memberhentikan kereta ketika lampu bertukar merah? 1. Sebelum garisan? 2. Tengah2 garisan? 3. Selepas garisan? Atau 4. di tengah2 persimpangan ke empat2 lampu isyarat terbabit? No 1 orang tak heran atau hargai jika anda lakukan. No 2 Orang pandang-pandang sahaja. No 3 dgn no 4 orang yang berbudi bahasa tadi akan buat apa yea? Yang di tengah tersenyum macam siamang yang nak lal bermuka ganas sambil menghambur kata-kata yang enak di dengar? Inilah masalahnya apabila ada yang mendakwa berperkerti tinggi yang tidak tahu menghormati orang lain. Kegagalan beliau-beliau ini menganggu keseluruhan ekosistem kelancaran di jalanraya. Semalam aku senyum besar melihat situasi beliau-beliau ini. Hakikat memang ada, apabila mampu beli kereta tapi kurang punyai daya kelogikan.
Kisah 3 : Perdana vs Kriss
Penunggang motosikal bersama anaknya dan juga pemandu kereta bersama keluarganya. Aku lihat sedang bertengkar di tepi jalan raya Malaysia. Tanggapan pertama aku “keji dan buruk”. Mengapa? Ada keluarga di bawa, ada anak di bawa, ada masyarakat yang memandang? Apa beliau-beliau nk tunjuk? Nk tunjuk hebat? Tumbuk aje lah apa plak nak bertengkar, senang kalu nak meninggal pun puas hati kan….Setakat lawan kata apalah sangat, oh aku lupa beliau-beliau berperkerti tinggi. Malaysia rupanya.
3 kisah itu aku jumpai sepanjang perjalanan pergi dan pulang, betul atau tidak apa yang aku lihat hanya orang Malaysia sahaja boleh mengenalpastinya. Hebat bukan…..
0 Komen:
Catat Ulasan