Blogger Backgrounds

Selasa, 21 Februari 2012

Engkau Terlalu Awal Dijangkakan Pergi




























"Salam makluman efendi dah meninggal dunia jam 1 pagi tadi".....Sms from Asmady 2.30pagi..


Apa perasaan anda menerima berita mengejutkan pada kira-kira jam berkenaan? selepas membacanya aku kompon tak boleh tido, otak aku terus memikirkan tentang arwah. Arwah merupakan rakan sekerja aku di sini. hampir 4 tahun aku mengenalinya sejak memulakan perkhidmatan di sini. Apa nak di kata? Maha besar kuasa Allah ke atas hambanya.


Arwah meninggalkan seorang isteri yang sarat mengandung (Due date Mac ini) dan seorang anak berusia kira-kira 2 tahun. Sedih sungguh aku memikirkan itu semua dan perjalanan mereka di masa hadapan. Terlalu awal bagiku untuknya di saat umur baru sahaja sebulan melewati angka 28 tahun dan dengan uisa perkahwinan yang masih baru serta anak masih perlukan kasih sayang di saat pembesaran kini.


Sebab kematian adalah kekurangan sel darah merah, sebelum ini juga arwah kerap keluar masuk hospital tetapi tidaklah sampai terlantar di perbaringan, ini membuatkan aku sedikit terkejut dengan kematian tiba-tiba yang menjemput.


Al fatihah, semoga tenang di sana di saat ramai di sini yang bakal merinduimu.

0 Komen: