Blogger Backgrounds

Khamis, 2 Februari 2012

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur




Tertarik dengan topik pagi Hot FM pagi hari tadi, "apakah tempat kenangan anda di Kuala Lumpur?" berbagai-bagai tempat yang menjadi kenangan bagi manusia yang pernah mengenali bandaraya ini.


Aku? pada aku kenangan aku di Kuala Lumpur adalah hentian Puduraya. Aku mengenali Shah Alam sekitar pertengahan 1999 ketika melanjutkan pelajaran ke UiTM, sinonimnya bagi manusia seperti aku yang menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang ke kampung halaman, Puduraya adalah icon penting dalam perhubungan ini.


Aku mengenali Puduraya seminggu selepas orientasi di IPT berkenaan, mengikuti rakanku yang juga ingin pulang ke kampungnya di selatan. Yea puduraya adalah destinasi yang amat baru bagiku. Langkahan baru di bandaraya yang aku hanya tontoni di kaca televisyen sahaja sebelum ini.


Masih di ingatan apabila rakanku berkata bahawa selepas turun dari bas di Kuala Lumpur kita perlu memandang ke atas mencari bangunan Maybank, kenapa? sebab bangunan itu akan membawa kita kepada petunjuk dimana lokasi Puduraya berada. ketika itu jam menunjukkan jam 7 petang. Lokasi yang amat janggal bagiku namun dek kerana berdua aku kehilangan akan semua campuran perasaan itu.


Itulah Puduraya yang aku kenali sehingga kini, aku sempat menziarahi nya tahun lepas semasa ia telah berubah wajah. Syabas Puduraya, namamu akan menjadi ingatan dan kenanganku sehingga kini.


Aku senyum seketika dibangkunya....

0 Komen: