Dalam kehidupan di bumi ini selain manusia terdapat juga mahluk tuhan yang lain seperti binatang, jin dan sebagainya. Yang paling dekat dengan aku adalah manusia dan binatang. Pertama sebab aku sendiri adalah manusia dan yang keduanya binatang sebab ia makhluk bergerak yang aku nampak. Biarkan binatnag itu. Meh cerita pasal manusia dan perangainya.
Entah kenapa sejak kebelakangan ini aku suka sangat melihat dan merenung sikap manusia.
Melihat sikap positif dan negatif mereka. Dalam banyak ragam dari sikap mereka yang jelas sekali aku lihat mereka tidak sedar akan perihal sendiri, perihal manusia lain yang sering jelas dilihat mereka. Senang kata salah orang dia nampak, tapi salah sendiri? It all perfect. Sungguhpun ada manusia yang sedar perkara ini tetapi mereka juga akhirnya gagal menjadi manusia perfect. Aku juga seperti mereka. Tetapi aku sedaya upaya menyedari perihal ini untuk aku belajar dan kepuasan diri mengetahui tentang mereka.
Alhamdullialh sehingga kini tanpa sedar atau tidak 2, 3 perkara aku mula senyum bila rakan-rakan membangkitkan hal itu. Aku sedaya upaya tidak menjelaskan perihal sedemikian, kerana apa? Kerana manusia ini ego dan tidak mahu mengakui kebenaran. Berleter, tunjuk pandai, tidak ambil endah adalah bakal akan keluar jika aku menjelaskannya.
Antara contoh:
Tidak suka Keputusan Bos
Percaya atau tidak semua pekerja tidak suka akan bos mereka, keputusan bos buat semuanya serba tak kena. Kita lihat di sini jika dia pula jadi bos? Perihal yang sama juga bakal berlaku. Mengapa? Sebab manusia ni fikir dia perfect tanpa menyedari dia ego. Hakikat sikap dan kecenderungan mereka berbeza. Jadi setiap manusia itu berbeza. Bagi aku, bos pegang risiko jadi ikut sahajalah apa dia kata walaupun ia tidak sealiran dengan aku.
Kamu Negatif
Manusia yang mengatakan orang lain itu negatif, apa sebenarnya? Jelas dan mudah, sikap yang memperlihatkan orang lain itu tidak betul. Tapi persoalan mudah……dia adakah sama? Yup negative jugak sebab open fire….hahahhaa
Tidak kira apa pun sikap dan perilaku kita sebagai manusia, maka haruslah difikirkan kita ada negative dan kita juga ada positifnya. Kena akui, jangan bongkak melalui ego anda. Semoga aku tabah melihat ragam manusia-manusia ini sepanjang penghidupan aku yang di izinkan tuhan ini. Sabar , berfikir dan kepuasan melalui senyuman sendiri. Hai lah manusia……………
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan