Hari Pertama
Seawal jam 4 aku telah tiba namun aku mengambil keputusan untuk tidak memasukki pulau seawal berkenaan kerana pulau ini terkenal dengan kesesakan lalu lintasnya, hinggalah jam 9 pagi baru aku melalui Jambatan Pulau Pinang, wau teruja dengan jambatan yang dibuka pada tahun 1985 ini, masih ingat lagi masa tu kereta proton saga dilancarkan dan Tun Mahadir melalui jambatan ini dengan pelancaran kereta berkenaan. Tapi bezanya selepas 27 tahun aku melalui nya dengan sebuah jentera yang bukan dari Malaysia ini. Walau apa pun yang lagi penting selepas 27 tahun pembukaan nya aku baru melaluinya…Malaysia kah aku?
Oleh kerana waktu check in hotel jam 2 maka aku memenuhi jadual aku ke destinasi pertama iaitu Makan…pehh serius cakap memang susah atau lebih tepat lagi tiada restoran melayu di Bandar, semuanya di monopoli kaum cina. Cabaran pemakanan amat getir di sini sesekali aku rasakan aku seperti di hong kong pula. Kedai makan melayu terpinggir digerai2 uzur ditepi jalan atau di tempat agak tersembunyi, mujur juga semasa ke batu feringhi ada medan selera yang aku temui. Hajat ke batu feringhi ditunda ke sebelah petang memandangkan tengahari jumaat dan aku bersiar dengan shot gambar di sekitar masjid terapung dan ke Muzium Permainan. Muzium ni kecik je masuk rm10 tetapi seakan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak lah, semstinya permianan MASK yang menjadi igauan lampau. Namun agak terkilan apabila Hello kitty dan Felix the Cat tiada koleksi di cni.
Sebelah petang ke Teluk Bahang dan batu Feringhi dan sebelah malam ke Komtar , dengar-dengar kata glamour tempat ni sebelum kewujudan shopping kompleks modern lain di Pulau Pinang.
Hari kedua
Seawal 7 pagi bermula aktiviti aku untuk menahluki Bukit Bendera, namun begitu sekali lagi terpaksa bergelut mencari tempat untuk makan bagi sarapan. Coach bagi tren ke atas bukit bendera adalah baru sama mcm tren komuter tp beza nya dia pendek. Tren lama telah dihentikan perkhidmatan. Dengar kata tren lama mengambil masa 45 minit untuk naik tp tren baru ni hanya lebih kurang 10 minit je naik ke puncak. Uh kurang cabaran skit.
Selepas tu pi makan tengahari di Padang kota dan Fort Cornwallis, tempat sejarah yang perlu dilawati sebab bleh jumpa Francis Light. Lepak sambil menikmati pemandangan pantai dan perlabuhan Penang.
Sebelah petang ke Queensbay Mall, aku dh risik sebelum pegi ke Penang untuk mengetahui shopping complex yang paling meriah, sebab kat penang ni byk sgt shopping mall xterlarat nak dikunjungi, so keputusan amik yang paling hot.
Selepas tu lepak dihadapan queens bay mall betul-betul berhadapan Pulau Jerjak, yup memang jelas sangat Nampak, rasanya kalu naik bot dlm 5 minit dh tiba.
Sebelah malam seperti dalam jadual asal, aku berjumpa dengan classmate lama masa UiTM dlu, wah sepuluh tahun xjumpa, slot makan malam + dia bawak aku pusing2 bandar georgetown.
Hari ketiga
Hari terakhir, check out terus ke lubuk jeruk, yes pasar chowrasta menjadi pilihan yang ada dan terdengar berita yang diketahui “glamour”. Terus ke sg petani berjumpa classmate yang juga 10 tahun tidak berjumpa, sbb penang to sg petani ni dalam 30min je. So aku ambil kesempatan sekali ler…
Sesungguhnya percutian ke Pulau Pinang bukanlah suatu percutian yang menenangkan sebab ia adalah percutian Bandar. Huhuhuhu Singapura tunggu next destination…..
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan