Blogger Backgrounds

Isnin, 22 Oktober 2012

Bercuti ke Pulau Pangkor : 5-7 OKT 2012

Macam biasa bila dah hujung-hujung ketahunan setiap tahun aku akan pergi bercuti, kali ini ke Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak yop!

Kalu ikut populoriti dari segi ranking sebutan pulau-pulau kat Malaysia ni, aku rasa Pangkor maybe dalam list kelompok 2 hingga 5, selepas atau sebelum Pulau Perhentian, Redang atau Tioman. Yang pertama of course ler Langkawi.

Yes aku berjaya tahluki Pulau Pangkor pula bagi episode ini. Amacam? Bangga nyer aku…Macam biasa percutian aku akan mengambil mode 3 Hari 2 Malam.

Feri RM 10

Pergi dan balik guna tiket sama, cz bayar sekali je masa di jeti Lumut, simpan tiket untuk balik je.

Sewa motor rm25 sehari X 2 hari

Uh motor nyer Yamaha Sport je, aku nasihatkan bagi sesapa yang nk sewa motor di cni, turun dari feri akan ramai mnyapa utk khidmat penyewaan ini. Tengok motor dlu br deal rege. Kalu sewa kete rm80 xkira model apa pun.

Hotel

Bleh try usha google dlu sebelum pergi bercuti untuk booking. Senang bila dah booking. Aku stay kat Purnama Beach Resort Teluk Nipah rm105 bagi smart chalet.

Kebanyakkan hotel class skit terletak di Pasir Bongak, namun di sni gerai utk makan agak kurang, tetapi pada aku kalu dah sewa kenderaan xde masalah untuk bergerak cz teluk nipah stakat dalm 2-3km je lagi. Lokasi aku bleh kategorikan cmgini ah ( Bandar Pangkor/Jeti - Pasir Bogak – Teluk Nipah)

Makanan

Pehh aku agak terkejut kerana makan kt sni agak mahal, sepanjang aku stay kt Teluk Nipah, makan memang agak mahal sedkit, tak pasti plak kalu di pasir bogak, tapi kat Bandar Pangkor agak relevan. Jangan lupa try makan Laksa Meek t Pangkor Kopitiam, lokasi kat jeti, kalu turun feri cer tgk belah kanan pasti nampak, mula aku ingat stendet pelik2 cm kopitiam kt tanah besar tapi ternyata harga gerai yang relevan sangat dan sangat hehehhee…

Aktiviti

Island tour ke pulau Mentagor dgn Pulau Giam yang ada aktiviti snorkeling berhadapan dengan teluk Nipah, kat pantai banyak ynag tawarkan perkhidmatan ni, terpulang pada rege, aku kena RM25 seorang utk pusing pulau dgn bot dgn snorkeling (yang serius nmpk batu je masa snorkeling)

Yang lain aku pusing2 pulau je singgah2 tmpt menarik, tak banyak pun..uhhh

Ole-ole

Kalu nak beli makanan hasil laut macam ikan bilis, satay ikan dsb aku suggest beli kat jeti lumut tu je cz lagi murah berbanding di pulau. Baju bleh beli kt pulau tu je.


Ni hasil percutian aku

Day 1

Main tepi pantai
Pusing 1 pulau
Lepak Pasir Bogak
Lepak Teluk Nipah
Lepak Bandar Pangkor
Lawat Kota Belanda
Makan

Day 2

Island tour
Snorkeling
Lawat galeri Pangkor
Lawat Kilang ikan bilis/satay ikan
Mandi laut

Day 3

Shupping
Balik
Jalan-jalan kt Bandar Lumut
Balik


Itu sahaja yang aku terfikir ni…jika ada yang membaca blog aku dan ingin tahu lagi apa yang spatutnya nak tau bleh email kat aku dreamseven7@yahoo.com.my, insyaallah apa yang aku tau aku share…..

0 Komen: