Blogger Backgrounds

Selasa, 11 Disember 2012

Aku melihat bayangan



Hujung minggu lepas, di mana aku nk mula cerita ek, kalu bersemuka senang bercerita..uhh aku cuba…Aku tak tahu, tapi aku sedar…

Pernah tak korang dari alis mata terperasan sesuatu memerhati korang dari jauh or dari satu sudut? Dan bila toleh tepat tiada seperti di sangka? Fahamkah korang? Atau aku terpaksa menggunakan bahasa Sanskrit bagi korang faham? Ahhh fahamlah fahamlah….fahamlah jugak kan…

Yea perkara ini berlaku dimana-mana termasuk kedai yang aku pergi, sehingga kan tong gas pun aku sangka orang memerhati aku, ciss ko upenyer tong gas woiii..Apa yang sedang berlaku dengan aku ni????

Kejadian ini berulang-ulang kali berlaku, pernah gak jadi dedulu tapi setakat sekali le dlm setahun, tapi aku mengalaminya hujung minggu lalu berkali-kali…siapa yang memerhati aku itu?

Mungkin hanya perasaan aku sahaja, memang tiada penjelasan saintifik…nak wat report polis pun xde bukti….Cuma mungkin sekadar mencabar otak kea rah urat-urat yang masih belum di gunakan kot…yea think positif….

0 Komen: