Blogger Backgrounds

Rabu, 30 Januari 2013

Berapa susah kah susah?


Lama dah aku rasa nak luahkan, bagi permulaan sekali lagi untuk ke 3 ribu kali aku tidak suka politik, tak kira lah korang warna apa pun. Jangan kutuk aku, jangan sindir aku, tolong fahami apa yang aku tak suka hormati seperti aku menghormati apa yang kamu suka.


Di cni aku melihat sebagai peluang untuk berfikir atau juga penambah baikkan jika ia baik. Yang aku maksudkan pemberian wang tunai sejak akhir-akhir ini bagi mereka berpendapatan bawah paras tertentu oleh kerajaan memerintah. Sebenarnya aku kurang bersetuju dengan inisiatif ini. Kita telah di momokkan dengan rakyat yang bersubsidi dari dulu, aku ingat ia setakat di situ je subsidinya. Aku pernah terbaca article oleh Tun Mahathir lupa plak dari sumber mana rasanya surat khabar “dulu beri tongkat (subsidi) tapi pas 20 tahun bila kita nak tarik balik tongkat tu, marah kat kita pulak”  gitu ler cmane...boleh fikir? Xkan tak belajar berjalan sendiri dalam melalui perjalanan masa yang lama itu?

Aku rasa konsep baru ini jugak akan jadi sama macam yang di sebutkan oleh Tun tersebut.

Sebenarnya list betul2 orang yang memerlukan adalah golongan yang berdaftar dengan jabatan kebajikan masyarakat dan juga anak-anak yatim. Jika A betul2 susah dapat 500 dan B idup sederhana dapat 500 sebenarnya nilai 1000 di perlukan si A berbanding B tak dapat pun dia masih boleh hidup.

Perincian aku boleh dibaca dalam banyak sudut sama ada korang faham atau tidak tolong lihat dari kaji betul2 apa yang aku cuba terangkan. Ada orang merempat atau pencarik kotak yang betul2 susah memerlukan skala lebih besar dari orang biasa yang hanya susah kerana mereka yang cari susah untuk kesenangan hidup yang singkat (tanggung hutang)

Pada aku di Malaysia ni, kita susah sebab kita cari susah, kenapa orang lain yang sama macam kita boleh berjaya dan tak susah. sedangkan kita tetap duduk di bawah SATU Malaysia yang sama? polisi yang sama? Undang-undang yang sama? peluang yang sama? dan sekali lagi aku nak korang berfikir....nape ek Orang indonesia datang sini dia boleh jadi kaya?

0 Komen: