Percutian ni merupakan percutian mengejar
kedinginan tanah tinggi di samping baru pas final exam. Pada mulanya aku
menjangkakan bahawa segalanya akan tamat pada 22 Jun 2014 iaitu ari last exam.
Rupanya adalagi sisa-sisa assignment yang masih belum disiapkan oleh beberapa
masalah akibat gangguan line internet di rumah. Geram betul aku dibuat oleh
maxis di saat aku benar-benar memerlukan line internet . Untuk pengetahuan anda,
aku memilih tarikh 25-26 Jun di sebabkan kebetulan di dalam ketensionan membuat
assignment, try google rumah peranginan kerajaan dan kebetulan lagi 25-26 tu
ada kekosongan trus booking + bayar. Dalam kepala assignment akan siap sebelum
22 Jun.
Papan Tanda
Cisss agak malang apabila terdapat 1 lagi
assignment yang terpaksa aku bawa ke sana untuk diperhabiskan. Mujur hanya
tinggal 20% sahaja aku perlu make-upkan lagi. Taklah banyak sangat serta
kebolehgangguan percutian aku.
Frazer Hill ni aku pernah datang masa
berkursus sekitar penghujung perkhidmatan aku di Pahang dalam tahun 2008.
Setelah 6 tahun aku kembali lagi. Yea ada sedikit perubahan, rasanya dahulu
sebelum ada ‘Hotel Puncak Inn tempat tu ade gerai makan. Tapi sekarang dah di dirikan
hotel. Mercu tanda tetap sama iaitu ‘Jam Frazer Hill’ wajib ambil gambar. Perjalanan dari Kuala Lumpur
melalui pekan Batang Kali serta Kuala Kubu Baru hanya dalam 1 jam 30 min
sahaja, pastu nak naik atas dalam 20min. so keseluruhan dengan jentera 1.8cc
aku habiskan waktu perjalanan sekitar 2 jam sahaja. Wah dekat sungguh orang KL
nak gi Frazer Hill ni kan. Sorry aku bukan orang KL hehehehhe.
Peta yang mesti ada
Puncak Inn Hotel
Aku tiba sekitar jam 8.30pagi. Yup awal
sungguh untuk check in Rumah Peranginan Persekutuan. So peluang yang ada first sekali kena
cari ‘Tourism Malaysia’ supaya dapat penerangan dan peta. Pejabat tourism
Malaysia adalah tempat wajib yang perlu dicari bagi mendapat maklumat berkaitan
sesuatu tempat untuk kita lawati, kalu boleh cuba berbual dengan petugas
tersebut, sebab walaupun semua tempat menarik di cetak di dalam pamphlet, namun
hanya orang tempatan tahu apa yang ada di sebalik dan tersembunyi. Ternyata
tourism tu dekat Hotel Puncak Inn je. Ambik peta kat ctu dah boleh discover
frazer hill ni. Jangan terkejut suhu di cni lebih sejuk dari Cameron Highland.
Tetapi tarikan amat kurang. Ianya sesuai bagi honeymoon dan percutian santai.
Jika dilihat tempat menarik yang tertera dipeta hanya boleh dijelajahi sekitar
5-6jam sahaja, abis pusing semua kecuali jungle trekking, maaf jika tiada guide
dr sesapa aku nasihatkan xpayahlah gi jungle trekking, baca kisah siapa yang
bertemu frazerhill ni pun dah cukup, coz dia hilang kat dalam hutan ni, dan
smpai sekarang xjumpa2.
Jumpa pintu gerbang ni, bermakna 200meter lagi akan tiba Jam Frazer Hill
Aku check in kat Rumah Peranginan Persekutuan sekitar jam 2ptg. Layanan dari
penjaga rumah ni sangat cemerlang. Dah 3 Rumah Peranginan Persekutuan aku g semuanya
kakitangannya baik-baik belaka walaupun harga untuk sebuah bilik sekitar
rm40-55. Tapi jangan dikejutkan perasaan kerana rate bagi keluasan yang kita
dapat di Rumah Peranginan Persekutuan ni sekitar rm250 ke atas bagi sebuah hotel. So nak
apalagi? Kadangkala takut jugak sebab bilik yang besar ni. Di Frazer Hill bilik
kecil berharga rm40 sahaja+valkoni.Rehat dalam bilik pastu layan cabaran suhu,
oh ya kali ni aku xtidur pulak setelah sampai.
Ni lah masjid mercu tanda untuk cari kedai makan
Oh ya untuk makan di frazer hill ni hanya
ada 3 kedai sahaja. 1 Mamak, 2 lagi masakan melayu. Untuk makan korang kena
cari mercu tandanya adalah masjid di frazer hill ni. Disebelah masjid ada gerai
dan atas bukit berhampiran masjid ada medan makan. So jika bercuti, ni ler aje
gerai-gerai yang korang perlu pergi setiap kali kelaparan.
Apalagi aku nak cerita? Entah itu aje
kot…oh ya malam aku memberanikan diri untuk keluar sebab nak gi makan, dari
Rumah peranginan ni kalu nak keluar, malam agak gelap melalui hutan gak lah
untuk ke Jam mercu tanda dengan ke tempat makan, disebabkan perut lapo, jadi
redah je ler, jangan fikir bukan-bukan ini tempat orang.
Taddaaaa..... Rumah Peranginan Persekutuan
Untuk bilik no 6A ada perkara pelik berlaku pada malam penginapan aku iaitu
seakan pintu ingin dibuka orang, bunyi
Tit tit t it diluar tingkap serta bunyi mende jatuh. Apakah? Keesokkan harinya
bila nak check out bertanya kepada petugasRumah Peranginan Persekutuan berkenaan, dia kata xde plak sesuatu
yang anih pernah diceritakan untuk bilik no.6A, tetapi kalau bilik 3A mungkin
ada. Dan dia kata tip utama menginap kat ctu jangan terlalu gembira dan
bercakap besar. Uhhh mana ada aku wat perkara-perkara tu, aku pun tahu
batas-batas di temapt orang terutama tempat penginapan ni. Anyway biarkan je
lah.
Keseluruhan sebenarnya percutian ini mengamit
kenangan masa kursus dulu kat cni, xsangka aku akan datang semula selepas 6
tahun.
Perlu diingat setiap percutian adalah
berbeza temanya walaupun ada orang menginginkan benda yang menarik dan seronok,
tema ditentukan oleh tempat itu sendiri bukan kita yang menemakan percutian
tersebut. Membanding-bandingkan di antara percutian adalah amat tidak
bertepatan sekali. Mana mungkin percutian di Kuala Terengganu akan sama
keseronokannya bercuti di Janda Baik. Jadi sebelum anda mengatakan sesuatu
tempat itu tidak best, baik difikir dahulu apakah sebenarnya tema ditempat itu.
Perkara lain anda perlu mengkaji jalan dikawasan tersebut supaya perancangan
lokasi adalah teratur A-B-C-D bukan A-D-B-C…berpusing-pusing…arghhh fenin
ahhhh…
0 Komen:
Catat Ulasan