Blogger Backgrounds

Selasa, 31 Mac 2015

Selamat Datang GST

Dari mula di umunkan sehingga malam ini, pelbagai pendapat, luahan dan pujian di dengar berkenaan GST. Aku percaya setiap perkara itu ada pro dan contra.

Apa yang aku faham berkenaan GST?


Katanya dulu 10% cukai SST sekarang ganti 6% GST...logik jadi kuranglah cukai tu kan?

Yang aku pelik, tiba di saat GST semua barang tambah 6% seolah2 dahulu xde langsung barang tu kena cukai SST 10%.

Di TV dan apa jua saluran hebahan, bila menerangkan pasal GST semuanya yang baik-baik belaka seolah-olah tiada keburukkannya. Sedangkan aku pelik di depan mata semua nak naik 6%. Apa yang ada di sebalik sistem yang pihak Kastam mahukan semua peniaga install itu?

Aku tak dapat terima kenyataan  yang mengatakan GST ini di sokong oleh peniaga berdasarkan bukti semua peniaga mendaftar dengan kastam untuk GST. Kan kalau xdaftar selepas sesuatu tarikh kena denda? so kenyataan itu xbleh pakai secara logiknya.

Aku tak suka bila nak jalankan GST sibuk cakap dan bandingkan dengan negara lain. aku rasa tak patut bandingkan dengan negara lain sebab rakyat dan kehidupan di negara berkenaan sedikit sebanyak mesti ada perbezaan dengan Malaysia ini.


Ini sekadar sebaris dua kefahaman aku berkenaan GST yanga akan beroperasi esok. Ingatlah aku tetap percaya bahawa teori penurunan harga barang adalah mustahil pada masa kini di Malaysia.

Badan yang dipertanggungjawabkanberkenaan Hal Ehwal Pengguna tidak langsung aku nampak serius dalam menangani permasalahan kenaikan dan kawalan harga barang.

Tolong hentikan propaganda untuk rakyat boikot sedangkan ilmu boikot aku percaya rakyat malaysia tak tahu pun macamana nak buat.

Nak boikot kedai A, g kedai B yang jaug 5km tp harga pun sama-g kedai C yang jauh 20km oic murah...tapi apalah ertinya dengan kejauhan itu bila di campur dengan kos minyak dan pengangkutan. atau mungkin juga barang no 1 murah di kedai A, barang no 2 murah dikedai B, barang no 3 murah dikedai C...tetap sama kos minyak tetap keluar dan akhirnya jadi sama kosnya berbelanja di kedai A. Hahahahhaha.....

Realiti nampak...tapi pura-pura nak selesaikan dan prihatin...hakikat tiada apa-apa tindakan...rakyat terus menangis.....




0 Komen: