Wah aku rasa macam pantas sangat masa
berlalu, tidak sempat menghitung panjang bulan yang ada..dah tiba ke bulan
ramadhan. Alhamdullillah, dapat berpuasa 4 hari di kampong, memandangkan geng
selatan cuti umun pada 1 ramadhan.
Hari pertama hingga ke empat membawa
cabaran kegetiran berpuasa, wah kalu dicerita macam first time poasa pulak..
Sebenarnya bukan cabaran lapar atau dahaga, apa yang aku hadapi lebih kepada
cabaran kebosanan “Apa nak buat wei”. Bayangkan 4 day full at homes, terseksa beb..tapi
tidak boleh di tunjukkan sebab berada di kampong halaman, nanti mak bapak aku
kata apa pulak seolah dah lupa daratan kan. Jadi simpan ada di dalam jiwa dan
sematkan di dalam hati menahan kebosanan. Tidak sabar tunggu isnin nak pergi
kerja, sekurang-kurangnya adalah aktiviti nak buat (tiba-tiba aku wat statement
pekerja cemerlang pulak kan?) bukan cemerlang tapi bila di tempat kerja,
sekurang-kurangnya boleh berbual-bual, ada penghawa dingin sambil menonton
filem…(haaaa kan dah keluar statement pekerja makan gaji buta).
Untuk rekod atas apa yang di alami (lesson
learn) aku buat kerja sekadar buat sahaja, target 10 unit buku sehari, maka 10
buah buku ler aku buat, bukan 11 bukan 12 atau angka lebih besar dari itu.
Walaupun untuk rekod aku mampu pergi dengan lebih tinggi dari angka tersebut,
namun apa kan daya aku mula tawarhati dengan sIstem dan bos yang ada di sini.
Jadi mengpa fikir lebih jika seadanya adalah bahagia.
Walau dimana pun kita sebagai pekerja tetap
tidak merasa puas hati dengan bos kita, walaupun kita sendiri menjadi bos,
tetap ada orang bawahan yang tidak suka. Sebab mudah sikap dan nature of live
kita berbeza dan lebih penting ERA GENERASI kita adalah berbeza.
Eh jangan cerita pasal kerja…jom teruskan
berpuasa….alamak esok kena bangun dan masak sahur sendiri…haaa inilah yang
lemah…sebab DI umah bangun sahur semua dAh terhidang di meja…..hahahhahahaha….
Catatan ini dilakar pada 21 Jun 2015 jam 10.30pg
0 Komen:
Catat Ulasan