'sebelum kita merempuh bandar tu, kita kena tahu apa yg kita hendak buat sebelum kita sesat'
Tak banyak blog yang menceritakan
pengalaman untuk persiapan perkahwinan dari perspektif lelaki yang dapat aku
cari kat internet ini. Lantaran dari itu aku mengambil inisiatif memberi
sedikit gambaran bagaimana aku membuat persiapan untuk majlis besar ini. Dan
lebih lagi ‘add value’ aku adalah anak tunggal dalam keluarga jadi suka aku
maklumkan semuanya aku gerakkan sendiri bagi meniti hari ke majlis sebenar.
Bukan riak, tapi hati ini ingin berkongsi maklumat seadanya.
Untuk makluman juga perkahwinan aku ini
merupakan perkahwinan jarak jauh di mana situasi aku dan pengantin perempuan
adalah berbeza negeri. Jadi kalu korang dari negeri yang sama or lokasi tak
jauh bleh skip kepeningan perancangan seperti homestay dan lain-lain yang
perlu. Lagi bagus kalau dimukim yang sama buat je macam artis, 1 dewan kedua-dua
keluarga buat sekali, senang banyak jimat kepeningan semuanya jadi 1.
Untuk majlis ini aku ada 2 komponen
penting:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOMPONEN A
1. Majlis akad nikah tempat
perempuan
Ini penting bagi
mengetahui tarikh perjalanan, sebab kita bawa rombongan lelaki so perlu ada
keselesaan sedikit. Kalu boleh ada sedikit tentatif asas perjalanan, untuk elak
tergesa2 pergi nikah. Contoh majlis nikah aku Sabtu petang, berarak Ahad
petang. so bagi memberi keselesaan aku gerak Jumaat petang dan stay kat homestay
2 malam. Jadi orang ikut pun tidaklah kepenatan. Selain itu mungkin boleh
adakan skit slot lawatan jalan-jalan tempat menarik sekitar Bandar umah pengantin
pompuan tu, jadi tidaklah nampak seperti korang hanya mempergunakan mereka bagi
kepentingan untuk majlis korang je, ingat mereka jalan jauh demi korang tau.
Bagi ler skit santai-santai, tidaklah bosan duduk homestay je. Jumlah homestay
adalah bergantung kepada jumlah ahli rombongan korang, sebab ahli kumpulan
rombongan aku sekitar 20 orang, maka aku memilih rumah 2 tingkat 4 bilik. Jadi
tolonglah memberi keselesaan kepada mereka, jangan korang datang 20 orang tapi
sewa homestay umah teres murah 2 bilik. Jika tidak berkemampuan jangan bawa
reramai lah rombongan tu.
Selain itu, korang jugak
perlu fikirkan sedikit duit minyak untuk kenderaan yang follow, walaupun tidak
penuh, berikanlah sedikit subsidi kepada mereka tanda terima kasih korang.
Untuk aku, sediakan RM 150 bagi sebuah kereta kira dah hampir penuh tank untuk
pergi balik. Untuk jimat aku suggest korang yang sewa van puti panjang tu, aku
rasa lagi jimat. Aku beri duit minyak tu berdasarkan jumlah besar bajet aku
ada. Contoh bajet aku RM 600 untuk minyak. Jadi kalau 4 kereta yang nak follow
maka aku bahagikan sahaja jumlah tersebut (600/4= 150), begitu juga jika
terdapat penambahan atau pengurangan kenderaan yang follow. Jadi di sini korang
tetap stick pada bajet bukan penambahan bilangan RM per kereta yea.
Pada majlis nikah make
sure pengapit korang ikut sekali pastu 2, 3 orang pahlawan yang mesti duduk
dekat dengan korang masa duduk nak bersalam tu. Ini penting bagi elak nurveos
dengan terkial-kial nak itu ini jika masing-masing semua duduk borak di luar
korang duduk berseorang berhadapan dengan tok kadi tu. Mati lah nak!!!!! Untuk
rekod aku bawa kawan yang tau pasal agama sekali untuk ikut dah macam merangkap
jawatan penasihat agama pengantin je kan, jadi tidaklah lah aku kena bantai
dengan tok kadi tu walaupun perkara yang tidak penting di duga nyer aku ini.
Kesimpulannya adalah penting membawa orang yang benar-benar berkualiti ikut
rombongan korang tu he he he he he.
2. Majlis berarak aka naik pelamin
tempat perempuan
Ini pun sesi penting, sila
kawal rombongan korang jangan terus menerpa kepada makanan di majlis berkenaan,
sila ikut flow, berarak sekali dengan pengantin. Kalau boleh biarlah pakaian seragam
paling kurang warna tema yang sama. Adalah penting coz tumpuan semua mata di majlis
berkenaan pada rombongan korang, kalu pakai selekeh2 alamak nampak tiak menyakinkan
lah, paling kurang mesti formal cth macam pakai kemeja dan berkasut. Sila
pastikan rombongan korang dapat duduk di meja VIP khas (request kat pengantin
pompuan untuk meja tu, letak kt depan meja makan pengantin). Jadi nampaklah
keluarga korang dihargai oleh keluarga pengantin perempuan.
Make sure masa majlis
merenjis, ada ahli keluarga korang naik ke atas pelamin, inform awal2 kat
rombongan supaya naik. Aku pernah tengok majlis, ada ahli keluarga rombongan
lelaki yang liat bebenor nak naik merenjis, terjerit-jerit DJ/MC umumkan supaya
naik, so nmpk cam korang nanti tidak dihargai dimata keluarga dan tetamu
pengantin perempuan. Sedih weiii…..itu yang aku maklumkan tadi sila bawa ahli
rombongan yang berkualiti. Nasib aku dah atur awal utk family aku.
Alhamdullilah dengan jiran-jiran sekali semangat nak naik.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KOMPONEN B
- Dokumen/prosedur kahwin
- Tempat
- Jamuan
- Andaman
- P.A system
- Photographer
- Goodies
- Kad jemputan
- Hantaran
- Homestay
- Honeymoon
- Lain-lain
Ini list aku ikut sejak dari selepas tunang
lagi dah mula merancang, sebab aku ni jenis ‘buku planner’ dan malas nak jadi macam
sesetengah orang yang suka ‘last minute effort’. Kenapa aku tidak mahu last
minute? Sebab aku tau aku ni bukan orang kaya. Kalu kaya senang ada duit semua
mudah, ini duk harap gaji bulan-bulan untuk generate dan jalankan semua aktiviti.
Aku tidak dapat nak bagi tau macamana
kumpul duit, sebab aku tak kumpul duit untuk kahwin, aku kumpul duit untuk
konsep ‘awasan sahaja’. Jadi sejak aku mula bekerja hampir 10-20% dari
pendapatan bulanan aku di simpan sebagai awasan (korang google lah apa makna
simpanan untuk awasan tu yea). So bila
terjadinya dapat ‘kelulusan berkahwin’ yang secara tiba-tiba ini maka duit itu
secara automatic menjadi duit majlis perkahwinan hahahahhahaha….ok lupakan
gelak tidak sengaja itu..
Let concentrate pada apa yang perlu
dilakukan Komponen A dan B
Untuk memenuhi semua prosedur ini aku amat
berharap korang buat awal2 sebaik ia boleh dibuat mengikut tarikh yang seawal
boleh. Bukan apa jika korang nak tunggu last minit aku bimbang jadi:
·
kelam kabut
·
lebih aku bimbang korang boleh
bergaduh dengan pasangan sebab tekanan yang bakal melanda
·
lebih teruk lagi korang mungkin
boleh membatalkan perkahwinan di saat akhir.
Ingat tag line aku “BUKAN KO SORANG NAK KAWEN” (BKSNK)
1. Dokumen/prosedur kahwin
Prosedur bagi setiap negeri adalah berbeza, ada yang isi
form online dan ada yang isi manually pakai borang, yang 2-2 kombinasi ni pun ada. So selepas bertunang aku suggest
korang dah mula membelek prosedur negeri korang. Kalu negeri korang punye
prosedur perlukan permohonan di buat dalam masa 120 hari sebelum tarikh kawen,
maka aku nasihatkan tepat 120 hari tu terus apply lah permohonan. Salah satu
prosedur yang penting pas isi borang pejabat agama sila buat pemeriksaan HIV
test. Jangan takut, kalu takut pun kena redah jugak kan sebab itu prosedur
WAJIB. Mudah je check, gi kaunter receptionist hospital (aku suggest korang pergi
poliklinik kerajaan yang kecil, tak ramai orang cepat dan mudah). Dah siap
semua dokumen sokongan seperti apa yang dikehendaki pada borang pejabat agama
negeri masing-masing so silalah submit. Untuk aku pejabat agama Negeri Johor
masa hantar borang terus kena interview. Pehhhh.. ni bagi warganegera Johor
“special”. Korang boleh google soalan2 nyer. Aku 2 minggu berguru dengan Ustaz
Don untuk persiapan ke interview ni (Youtube jelah hehehehe). Aku bagi tip masa
pergi pakailah baju proper sikit, aku pkai baju kerja je so nmpak macam
golongan professional ler (memang aku bidang professional pun, alamak teriak
plak). Ada yang aku tengok datang pkai selipar je, uhh tak menyakinkan
langsung, udoh2 ler bawak skill selekeh tu, tahan ler skit untuk perkara formal
ni…pas interview nak lempor kasut tu, lempor ler…bukan apa bagi orang interview
tu tengok kita ni biarlah menyakinkan.
Berbalik kepada berguru dengan ustaz Don tadi, masuk
interview wat muka selamber je, apa dia tanya? Huhuhu mengucap dengan Al Fatihah
je, pastu dia sain SETTLE…….pehhhhhh ko bayangkan effort aku 2 minggu???? Tapi
aku take it sebagai berfaedah sebab aku dapat refresh ler pengetahuan asas
KAFA. Ko hayati bab jenis2 air pun mesti korang dah lupa perincian dia. Cubalah
tonton 30min bersama Ustaz Don.
Siap dokumen di Johor aku bagi kat pengantin pompuan
untuk proses di tempat negeri bernikah. So settle awal, pengantin pompuan pun
bleh submit awal, senang. Tambahan plak pengantin pompuan perlu deal dengan tok
kadi untuk pernikahan. Ingat yea tag line aku BKSNK. Dapat booking awal so dapat secure masa dengan tarikh yang
korang nak, kira dah LOCK lah. So sapa last minit dapatlah mungkin kena nikah
jam 6 pagi or 11 malam….uhhh tak sanggup….
2.Tempat majlis lelaki
Ini berkait rapat dengan lokasi korang nak buat majlis
tu nanti, dewan atau rumah sendiri. Aku tiada pengalaman untuk buat di rumah,
coz aku buat di dewan. Reason buat di dewan adalah sebab memudahkan dan aku
guna katering. Sebab aku tak nak kemas rumah selepas majlis serta meminimakan
kecelaruan di dalam rumah (hehehhe aku dah penat-penat so balik majlis nak
everthing tenang kat umah). Macam biasa gak dewan kena tempah awal, yelah
sekarang time kawen dengan tarikh yang baik bukan kita sorang je yang nak kawen
kan. Tambahan pula sekarang orang kawen dah tiap-tiap minggu weekend pun ada. Ingat
tag line >>>>> (BKSNK)
Sila pastikan keperluan di dalam dewan mencukupi meja,
kerusi pentas dll. Yang paling penting sila ‘site visit dewan’ semasa dah deal
tempahan, masa ni paling penting korang check mana-mana kerosakkan yang perlu
mereka ‘alert’ masa majlis korang. Orang yang bertanggungjawab dengan dewan
dengan no tepon dia perlu di genggaman tangan. ‘In case’ kalau dewan wat hal
semasa or nak dekat majlis ko cekik leher dia dulu. Kita bayar dewan bermakna
kita perlu dapat apa yang dia ‘offer’ semasa kita membayar. Masa aku ada 2, 3
unit kipas rosak, geram aku. Rasa macam nak ikat dia jadi kipas je…..sabo sabo
3. Jamuan
Seperti aku telah maklumkan di baris awal, aku
menggunakan katering. Pemilihan katering amat penting, ia merupakan nadi kepada
majlis kita di samping harga dan menu yang di tawarkan. Aku ambil masa hampir 2
minggu untuk survey di segenap alam maya (online) dari mudah, majalah.com, open
google search etc. Dah survey sila catatkan dalam helaian kertas, jangan nak
mengada-ngada save dalam telefon je….kelak korang terkeliru. Perkara penting
yang korang perlu catat semasa mencari adalah:
· Nama Katering
· No perhubungan/email
· Lokasi
· Pakej menu (tetamu/meja
pengantin/peralatan/pelayan)
· Charge pengangkutan
Sila muktamadkan
awal katering, coz katering pun akan penuh booked jika korang last minit nak
pilih khidmat dia. Ingat tag line >>>>> (BKSNK)
Kebanyakan katering
akan memberi sebut harga yang boleh kita nampak perbezaannya harganya,
terpulang skala majlis korang. Bajet aku rm10 sekepala, so aku dapat rm9.50 dengan
4 pakej lauk, 2 jenis air, dessert dan buah termasuk hidangan di meja
pengantin-so berpatutan siap ada budak serve lagi hehehe. Promote ckit katering
aku D’Andaman Naniez beroperasi di Batu Pahat. Secara serius korang bila dah
decide nak pilih catering di nasihatkan untuk pergi test food dulu. Tapi aku
tak pergi test food pun. Tapi alhamdullilah masakan dia sedap di majlis aku,
superb.
Satu yang aku boleh
aku puji, katering ini bukan mencari untung sangat sebab aku dapat lihat
keikhlasan dia dalam meniaga. Walaupun dia ikhlas jangan lah pulak korang
mengambil kesempatan. Ingat buat majlis untuk beri makan orang biarlah beroleh
berkat dengan apa yang kita sedekahkan. Jangan kerana duit rosak keberkatan majlis
kita terhadap para tetamu kelak. Oh ya sila make sure semak no pendaftaran
perniagaan diaorang dengan suruhanjaya syarikat untuk make sure keasliannya.
Aku email je untuk check.
4. Andaman
Aku mungkin menggangap aku bertuah. Ini kerana Katering
dan Andaman aku di supply oleh syarikat yang sama iaitu D’andaman Naniez. So
aku terus minta quotation 2 perkara ini, senang nak nego dan berurusan kelak.
Sebab harganya ok dan di dalam range bajet. Ini untuk majlis bertandang di rumah
lelaki yea. Sebenarnya bagi rumah lelaki tak perlu perkara yang complicated
seperti majlis di rumah perempuan, ada 2 atau 3 perkara yang boleh di buang di
dalam list pakej yang diberikan seperti pelamin nikah, 2-3 pasang baju
pertukaran. Yang lain aku amik semua, sebab tempah awal dapat baju baru khas
untuk kita. Untuk tema pakaian di tempat aku aku pilih konsep cerita ‘rindu awak 200%’ camne yea? sila google huhuhuhu. Ingat ini majlis anda, bagi lelaki
kalau korang ada kerjaya idaman atau pakaian nak sangat pakai, so masa ni lah
nak suruh pihak Andaman carikan. Rugi guna trend yang dah ada di butik Andaman
berkenaan je. Korang bayarkan dan lebih penting dalam pakej “dapat baju baru”.
Kebanyakkan aku tengok pengantin lelaki memilih pakaian yang biasa. Aku
nasihatkan jugak kalau tempat perempuan dah gaya hulubalang ala perwira bagai, maka
apa salahnye di tempat lelaki korang pilih tema contoh “eksekutif”. Untuk
pilihan pelamin aku nasihat korang survey-survey lah design pelamin di dalam
internet. Pilih 2, 3 kombinasi pastu mixed dan berbincang dengan pihak Andaman
untuk realisasikannya. Perlu di ingat untuk pelamin deman, sila make sure pihak
Andaman ada kain lebih untuk tutup backdrop dinding belakang pentas dewan
dengan kain, supaya nampak penuh, tidaklah nampak dinding dewan yang entah apa2
tu.
Untuk set pakej Andaman aku:
Set pelamin, hiasan meja makan, 1x makeup, pintu
gerbang, set merenjis, sepasang baju baru, bunga tangan. Red carpet make sure
kalu warna merah sila pastikan merah bukan merah dah jadi kusam…apa salahnyer
cuba purple carpet, gold carpet. Nampak gila, tapikan kita dah bayar so kita
berhak untuk dapat apa yang kita hajati. Ingat kelainan bermula dengan
kegilaan.
5. P.A system
Untuk PA system juga aku minta pihak Andaman cari, dia
bagi harga so aku setuju. Perlu diberi perhatian seringkali pihak PA sistem aka
DJ boleh merosakkan majlis anda jika tidak dikawal dan berkonsep dari pada anda
sendiri. Kebanyakkan majlis yang aku pergi, semua ada karaoke denga DJ yang
mengarut asyik bercakap je pastu putarkan lagu kesedihan. Alamak…
Aku ingin ubah cara, so
aku dah cakap kat pihak Andaman yang aku mahukan konsep relak dan santai.
·
Muzik latar-instrumental,
unplugged, muzik ni berlegar hampir 60% alunan dalam majlis selain dapat
menggelakkan DJ dari membebel entah apa2. Korang tahu tak camne muzik ni? Cuba
korang gi hotel masa korang makan dia mainkan muzik apa?
·
Lagu aku yang pilih dan
senaraikan dan hanya lagu itu sahaja di benarkan di putarkan maka secara
langsung aku dapat menyekat lagu-lagu kesedihan seperti “pelamin anganku musnah” dari memasukki carta lagu dimajlis aku.
·
NO KARAOKE-korang perasan tak
kalu pergi majlis kawen? Penyanyi entah apa2… menjerit2..seram aku……. dahlah
khemah warna kuning hahahahha.
·
Make sure DJ hanya bercakap
sekali sekala sahaja seperti kata aluan dan terima kasih kepada tetamu,
pengumuman kehadiran pengantin, jemput keluarga pengantin perempuan untuk sesi
merenjis, makan damai dan potong kek.
6.
Photographer
Untuk photographer aku tidak survey banyak, hanya tahu sikit
sikit je spec jurugambar ni. Sebab aku pilih saudara terdekat sendiri sebagai
jurugambar. Yang aku tau jurufoto ni pakej dia hampir sama je, cuma beza pada
harga. Pakej merangkumi frame besar dengan album kronologi dan ada juga yang
buat ala-ala majalah. Yang sama photoshoot sampai muntah outdoor. Mungkin dari
segi seni touchup, editing yang membezakan ke power an gambar terhasil. Aku
nasihatkan korang survey dlu lokasi outdoor untuk amik gambar lebih awal, maka
pada petang selepas bersanding terus pergi tempat tu, tempat tak semestinya
cantik, kadang tempat tidak cantik pun sebab touch up dengan editing jurugambar
korang power apa sahaja boleh awesome jadinya. Jika korang nak ambik gambar di
tempat ramai orang, buang perasaan malu tu jauh-jauh masa amik gambar. Jangan
keras dan lebih baik survey juga post post gambar wedding orang lain untuk
pastikan korang tak kekok kekerasan masa amik gambar. Masa amik gambar sila
bawa dayang-dayang or pembantu pengantin untuk turut serta. Penting untuk
tolong macam2 perkara kira support team lah ni. Tolong angkat kain, pegang
hset, pegang paying, pegang kasut pengantin perempuan dsb.
7.
Goodies aka door gift
Boleh aku katakan, penyediaan goodies paling sukar bagi
aku. Sebabnya aku uruskan sendiri. Ia bergantung rapat dengan kuantiti tetamu yang
di jangkakan hadir pada majlis perkahwinan. Oleh kerana aku mengamalkan konsep
siapa sahaja mendapat goodies yang sama, jadi takdelah perbezaan penyediaan
goodies. Aku nasihatkan jika jumlah kad jemputan korang 500, penyediaan goodies
sekurang-kurangnya dalam 700-900 beg. Boleh dikatakan pengiraan goodies amat
bergantung kepada bilangan kad jemputan yang di edarkan.
Apa yang nak di masukkan di dalam beg? Kriteria pertama
nak guna beg kertas or plastic? Besar atau kecil beg bergantung kepada apa yang
korang nak masukkan. Aku taknak pening, so aku cari bahan yang nak masuk dlu.
Jadi untuk bajet barang dalam tu tak
lebih rm2 dan ianya makanan. Boleh dapat rm2? Korang kena survey di kedai
jualan borong seperti Mydin, Giant dan
kalau kat Melaka ni Family Store atau Cowboy. Belian secara borong lebih
menjimatkan sebab nak beli dalam kuantiti yang banyak.
Oh
ya untuk keluarga perempuan di meja VIP, aku sediakan dalam 20 beg yang special
di dalamnya, yang ini sebagai penghargaan aku letak sejadah dan aku nasihatkan
tag kat luar beg sebagai “Keluarga pengantin perempuan” bagi menggelakkan orang
yang jaga penyerahan goodies tersalah beri kepada tetamu lain plak. Kalu nak
special lagi untuk ibu dan bapa pengantin korang letak lah mende special
sebagai hadiah korang pada mertua. Letak awal-awal di meja vip sejam sebelum
berarak masuk pengantin (ibu pengantin perempuan dan bapa pengantin perempuan
sebagai tag bagi menggelakkan sedara korang terambil yang mertua punya.) Gitau
awal kat keluarga mertua supaya datang terus duduk di meja VIP, jangan duk
merewang duduk di tempat lain.
Kesemua
beg goodies aku nasihatkan buat sebulan awal, sebab nak masukkan sendiri kan.
Satu lagi, silalah cari kotak besar sekali bagi digunakan untuk memasukkan
goodies berkenaan. Makin besar lagi bagus. Boleh mintak di kedai pomborong
tadi.
8.
Kad jemputan
Jemputan aku dalam 500 sahaja secara fizikal iaitu kad. Sebab
aku lewat kawen jadi ramai yang dah mati tak sempat datang majlis aku dah, dan
jugak diaorang semua dah lepas leher memasing (dah kawen) walaupun aku dulu
pergi majlis diaorang. Jadi tidak perlu lagi pedulik aku ni. Untuk kisah ini
nanti aku wujudkan entri sendiri berkaitan perkara yang aku alami.
Perlu di ingat sekarang zaman teknologi gadget maka
dengan itu medium FB dan Whatsapp merupakan juga medium yang boleh kita hantar
undangan. So semuanya jadi 500 undangan jugak, coz kad aku 500 tak habis, tak bleh
watpe pakej kad memang 500 kuantitinya. Untuk maklumat, sekarang ni tempah kad
jemputan sekali dengan pakej banner, bunting, petunjuk arah etc. Based on pakej
korang pilih yang mana. Aku add on welcome board bukan photobooth yang aku
anggap dah biasa pun.
Edaran kad jemputan dan undangan elektronik aku wat
dalam 3 fasa sebelum majlis. aku suggest;
·
2 bulan-sedara mara/kawan yang
amat rapat/sesiapa yang berada dilokasi jauh2
·
1 bulan-kawan-kawan/kawan-kawan
upis/kawan-kawan emak dan bapak aku yang di luar kawasan kediaman kampung aku
·
2 minggu-penduduk
kampung/komuniti mak bapak tinggal
Satu lagi tips
aku, bila dah ada kad jemputan di tangan, bawaklah di dalam kete korang walau
ke mana pun pergi termasuk letakkan dalam kereta mak bapak kita. Senang jumpa
terus bagi sebab masa semakin suntuk takkan ko nak ulang route tu lagi sekali.
Perlu di ingat
jugak untuk yang kena jemput 2 bulan awal tu adalah perlu sebab biasanya orang
jenis sibuk bekerja/professional/orang yang sentiasa kurang duit dalam poket/
ini perlukan masa untuk planning. Aku mengalaminya jadi aku take action
memahami masalah ini. Adalah agak kurang sopan kalau korang nak kawen hujung
minggu ni (ahad) khamis korang jemput. Cis….
Bagi orang
kampong setempat tak boleh bagi awal sangat, nanti diaorang lupa, reason lupa
sebab dalam kampong ko tu pun nanti silap2 ada 3 majlis kawen, jadi bagi lewat
sebab mereka tidak perlukan pengumpulan modal untuk datang majlis kita, kan
sekampung.
9.
Hantaran
Hantaran merupakan hadiah kepada pengantin perempuan. Jadi
ianya hadiah dan tidak terikat kepada jenis atau apa item yang wajib beli.
Untuk mengingatkan generasi sekarang hantaran bukanlah wajib berbanding mas
kahwin yea….sebab aku yakin ramai dah lupa mana wajib mana adat dalam bab hal
perkahwinan ni.
Untuk hantaran memandangkan aku sedikit mampu (bajet
telah diperuntukkan), jadi aku beli sekadar 7 dulang untuk perempuan. Korang
ingat aku pilih ke? Cehhh mana aku dapat feel kesukaan perempuan dan apa hajat
hadiah yang dia nak sangat. Aku mengamalkan konsep apa aku nak aku beli dan apa
dia suka dia beli untuk hantaran. So tadi sepatutnya aku cari hadiah untuk
pompuan kan? Dia cari, aku bayar. Begitu jugak barang aku, tapi agak teruk
jugak hantaran yang aku minat hehehehe
Senarai hantaran belah pompuan
·
Tafsir Al-Quran
·
Kasut
·
Beg tangan
·
No plet kereta
·
Telekung
·
Kain Ela
·
Rantai
Senarai hantaran belah aku (lelaki)
·
Defi meter 3 beradik
·
Jersi JDT Home 2016
·
Jam G Shock
·
Buahan
·
Set wallet/tali pinggang
·
Perfume Calvin Klien
·
Kasut sneaker Timberland
·
Samping songket
·
Kain Ela
Jangan mengambil
mudah membuat pembelian hantaran di saat akhir, walaupun korang rasa macam
senang je nak carik, tetapi percayalah masa korang cari, masa tu lah barang tu
tiada. Aku suggest selepas bertunang setiap bulan beli 1 item, alah pas gaji
korang mesti gi dating kan. Maka dengan itu menyambil ler cari barang tu 1
item. Online mungkin banyak membantu.
Sebab bulan
terakhir, korang focus camne nak gubah je. Hehehehe ni belah pompuan lah
gubahkan. Aku? Jahanam ler nak gubah. Jadi bila korang datang nanti masa nak
nikah, mintak belah pompuan letak terus kat homestay. Aku ni jarak jauh, jadi
faham-faham lah kalu bawak naik kete jejauh, tiba lokasi homestay mau jadi
abstrak kesenian plak…hancurrrr….
10.
Homestay
homestay sebenar
Penginapan pun aku suggest buat sekurang-kurangnya
selepas tunang dah boleh survey route dengan lokasi, so aku prefer korang minta
pihak pompuan carikan, sebab aku mengamalkan konsep menghormati tetamu, jadi
bagi rombongan pompuan datang tempat aku, aku yang carikan homestay. Hanya kita
sahaja tahu tempat kita dari segi jarak dsb. Adalah penting dalam pemilihan
homestay iaitu jarak dengan tempat majlis dan berapa anggota keluarga mereka
yang akan datang. Ia mempegaruhi masa dan keselesaan dari jenis rumah yang kita
pilih nanti. Maka dengan itu, aku jugak suggest kita yang bayar homestay tetamu
(rombongan pompuan) itu.Tempat pompuan dialah plak bayarkan. Hehehhehe adil
kan…
Untuk aku homestay ini aku cari untuk 3 kategori tetamu
aku:
·
Keluarga perempuan-wajib
·
Pengapit-bagilah penginapan,
susah2 dah dia jaga kita kan
·
Sedara mara-ini untuk sedara
yang boleh sahkan kehadiran 6 bulan awal, kalu selepas itu memang aku tak layan
dah, wah wah nak bagi aku kusut setakat 2 minggu sebelum terhegeh2 suruh
carikan, minta maaf yea. ini untuk sedara yang jauh/ mempunyai pertalian yang
kuat dengan aku cth: bapak sedara aku aka abg bapak aku, mak sedara belah mak
aku itu je. Yang lain muda-muda boleh klik i.net sendiri.
Tips booking
homestay yang paling penting deal awal dengan bayar deposit untuk lock, kalu
ada duit lebih bayar terus 80% senang tak payah nak simpan-simpan duit kat
tangan, simpan kat tangan ni boleh terguna mende lain plak kang. Tapi ada
homestay taknak langsung deposit. So yang ini kena hati-hati, kena jumpa face
to face takut ‘yea.. yea.. yea…’ katanya
tapi last minit tak nak bagi sewa. Kalau tak jumpa face to face aku bimbang
yang uruskan homestay ini ada ayah, mak dgn anak. Kita book dengan emak, sekali
ayah masukkan orang lain sebab ke tiga-tiga entity ini bleh amik booking orang
sebab tak tahu sapa yang dah amik booking sebenarnya.
Katering di
homestay
Ok yang ni
option, aku suruh belah perempuan carikan homestay dan juga catering semasa di
homestay berkenaan, sebab aku fikir senang makan dalam homestay tu je bagi
rombongan aku, yelah leceh nak bawak2 keluar pergi makan, takut bajet tak
terkawal, maklumlah bawak nak dekat 20 keahlian, kang ada yang order lobster,
tak haru aku, bukan kedekut tapi berjaga-jaga. So bila dah pick catering
senang, cukup masa dia hantar dan bajet terkawal. Lagi satu kalu dah bawak
keluar kan, berkonvoi2 kereta takut ada yang sesat dan satu lagi kalu 20 orang
kat meja, menu lain-lain orang pertama dapat malah dah abis makan pun tetapi
orang ke 20 makanan tak tiba lagi, so dah makan masa skit kat situ.
11.
Honeymoon
Lokasi honeymoon. Penting juga kena berbincang tarikh
dan lokasi bersama pasangan. Tip nyer kena pilih tempat yang tenang contoh
Janda Baik tapi yang eksklusif mesti mahal. Aku ini tidaklah bernafsu nak pegi
ke luar Negara. Agak sukar jugak aku nak cari lokasi honeymoon coz hampir semua
tempat menarik kat semenanjung ni aku dah pergi..Jadi bila cari lokasi semua
dah di tandai oleh aku. Jadi apakah lokasi yang ada? Feel honeymoon betul aku
rasa selepas malam pertama iaitu malam kedua aku dah booking hotel (tingkat
tinggi yea), inilah agaknya honeymoon. Tak perlu jauh lokasi hampir dengan umah
mertua tu sudahlah. Kebetulan mertua aku di ibu negeri, maka ianya Bandar. Jadi
membantulah lokasi malam kedua. Malam ketiga aku dah balik umah aku untuk
bersedia bagi majlis aku pada hujung minggu yang sama.
Untuk lokasi honeymoon ‘katanya’ aku pergi selepas
seminggu majlis di rumah aku. Lokasi sekitar Perak dan Selangor, mod 4 hari 3
hotel. Oleh kerana pergi bercuti bukan time cuti sekolah or public holiday, aku
rasa kat hotel yang besar tu hanya kami berdua je, seram gak.
12.
Lain-lain
Perkara lain lain yang korang perlu sediakan nampak kecil tapi aku rasa
penting dalam majlis. Kalau takde dia akan berbalik kepada aku untuk
fikirkanya, come on dah lagi seminggu nak majlis korang patut focus pada diri
korang bukan perkara remeh temeh lain, dengan kata lain korang hanya perlu
tengok check list besar sahaja untuk make sure ‘semua dalam tick ada’. Pihak
lelaki macam aku ni sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum majlis coz kita akan
hadapi majlis di rumah pompuan dahulu untuk nikah dan majlis pastu baru rumah
kita. Kalu esok hendak nikah korang masih fikir kat homestay nak makan apa,
susunan kerusi kat dewan majlis korang nanti camne, itu masalah besar pada otak
korang nak fikirkan.
List phone no
wat camni pastu laminate
Semasa majlis rumah lelaki, aku sediakan
semua list no telefon yang perlu bagi orang yang menguruskan majlis berkenaan
di dalam 1 list dan kemudian whatsapp (buat dalam bentuk pickture.jpg) pada
semua yang head position, cth aku; penyambut tamu, katering, mak andam, yang
jaga mak bapak aku, hadiah, questbook booth, orang teknikal dewan. ini kerana
mereka akan berkomunikasi di antara mereka semasa majlis tanpa melibatkan aku.
Takkan tuala gud morning tak cukup nak call aku jugak? Lollipop questbook booth
dah abis pun nak call aku? Soalan nampak mudah tapi ingat aku taknak serabut dengan
perkara berkenaan di last-last and last minute ok.
Runner utama
Aku panggil ‘runner pengantin’, hanya dia
sahaja layak untuk call aku ‘in worst case scenario’. Dia juga merupakan orang
penting diantara sub-sub ajk yang dipilih. Kalu bahasa orang kaya dia nama nyer
event manager, tp konsep aku dia lebih kepada memastikan segalanya bergerak
untuk hari majlis merangkap wakil aku. Of course semua aku dah taklimat kat
dia, kan aku pemegang perancangan majlis so aku pas over untuk dia pada hari
majlis. Jadi apa dalam plan aku dia juga ibarat pengantin kedua pada majlis aku
itu (replicate). Jadi semua orang yang head-head tadi akan carik dia sahaja
pada kedua-dua majlis yang melibatkan aku.
Pengurusan Bajet kawen
lebih kurang camgini ler aku wat list
Buat angka besar kos yang digazetkan contoh
25k, jadi apa sahaja list perbelanjaan dari selepas hari tunang hingga ke
majlis kawen, bermain angka 25 sahaja (fix and square) perlu bertambah kurang
akibat perbelanjaan dari list telah di
gazetkan, jangan sesekali menambah bajet yang digazetkan atau jika terpaksa
hanya maksimum 20% sahaja dibenarkan.
file camgini penting untuk simpan semua info denga update info, jangan nak mengada-ngada simpan list dalam telefon kalu korang tak expert IT.
Perancangan dan pembelian awal akan
menyebabkan korang tak terasa beban angka duit yang dikeluarkan, tapi mesti di dalam
lingkungan bajet besar yang korang dah gazetkan. ingat semakin last minute maka
semakin tertekan korang dengan angka RM tersebut serta menyebabkan over
perbelanjaan nanti. Buat awal smooth and smoothy perbelanjaan, contoh sebulan 1
atau 2 barang di beli atau 1 atau 2 perkara dibayar deposit. Tak banyak
sebenarnya kalu korang tau teknik nak pergi beli barang, contoh bulan ni nak
shoot abis berkaitan goodies, so shoot smpai habis, next month shoot mende lain
plak. Aku nasihatkan jangan beli separuh separuh bagi 1 item yang sama kerana
ia bakal melibatkan kos ataupun bila cari semula barang tu dah tiada stok.
TAMAT
Inilah serba sedikit yang aku dapat
memorikan sebagai perkongsian bagi pihak lelaki macam aku ni dalam membuat
persiapan perkahwinan. Ingat berdasarkan hukum perkahwinan ini senang sahaja,
tetapi yang melibatkan adat dan kebiasaan yang susah sebab melibatkan
perancangan dan duit. Selamat berkahwin wahai lelaki.
P/s: make sure beli cadar
bilik pengantin jangan yang kain licin yea. bergerak bunyi kuat plak…bergerak
pe? Bergerak masa tidoo lahhh…cissss
0 Komen:
Catat Ulasan