Terlalu lama aku tidak melakukan apa-apa lakaran di blog ini, mungkin ada yang menyangkakan aku dh mati idea untuk menulis. Oh tidak, aku memang selalu berfikir untuk melakukan sesuatu, tetapi kekangan tugas yang semakin serius sekarang ini. Selepas berlakunya kodeta pada hujung tahun 2016 yang lepas. Kami di organisasi telah berlaku penstrukturan semula. Yea kami kembali membuat kerja.
Sehubungan itu, (pehh ni ayat karangan bahasa melayu tingkatan 3 kan?), kalu dikutkan aku sangat bz dalam membetulkan semua keadaan lalu yang telah bercelaru, bukan aku sahaja semua orang yang nak buat kerja telah melaksanakan tugas masing-masing. Mungkin ini hanya sementara, apabila semuanya telah betul dan keadaan akan menjadi normal seperti apa yang telah kembali sepatutnya.
Namun dalam kesibukkan, aku tidak nafikan ada yang mengambil kesempatan terhadap kesungguhan orang lain. Ini adalah golongan parasit. Belum nampak serius tapi aku percaya ianya ada.
Aku sasarkan dalam bulan April ini segala kerja aku untuk menjadi stabil. itu sasaran aku, aku cuba untuk capai.
0 Komen:
Catat Ulasan