Blogger Backgrounds

Isnin, 21 Disember 2009

Ros Merah Di Ufuk Bayu



Ros merah ada makna
Yang penuh untuk jiwa
Hanya Cebisan nostalgia lalu
Tiada makna, kata berseni

Kekaburan masa dahulu
Kehidupan untuk apa
Lahir untuk apa
Kebahagian dengan siapa

Dulu jauh lama dahulu
Ku rasa ada semuanya
Kata apa sahaja aku pasti terima
Tiada kesempurnaan jiwa

Kemarin dahulu
Aku rasa semua berbeza
Aku goyah kerananya
Perasaan hancur menelan jiwa

Semalam baru menjelma
Hilang segalanya
Tiada jiwa, perasaan hiba
Dia pergi kerana terpaksa

Hari ini saat berdetik
Hidup aku tiada ke mana
Hadir untuk apa
Suka belum tentu senyuman

Esok pasti akan datang
Saat dia hilang melayang jauh ke sana
Aku membeku rindu
Setia ku sebagai perindu hiba

Akan datang siapa pasti
Kita bukan tuhan penentu segala
Janji tuhan sudah pasti
Ku nanti mu di pintu harapan

Ros merah akan ku puja
Biar megar dalam kenangan
Tiada hak untuk disunting
Selamat tinggal di ufuk bayu

Selasa, 15 Disember 2009

Lawatan Kerja Ke UTM, Nanyang Technology University dan National University Singapore

7 Dis 2009 sempena rangka lawatan kerja ke Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM umpama lawatan yang membuka minda terhadap dunia luar dalam dunia perpustakaan. Program lawatan ini adalah sempena melihat rangka kerja yang dibangunkan oleh perpustakaan-perpustakaan ini berkaitan dengan pembangunan respisotori ni kira cam satu web lengkap dengan keratin akhar, thesis, kertas peperiksaan yang di online kan. So kalu student nak just click ke kat web portal perpustakaan. Seharian di UTM bagi ku amat bermakna seumpama ilmu itu emas. Banyak yang boleh di share untuk pembangunan bersama. Aku mengambil peluang ini mencungkil segala. Walaupun ada unit yang tak sempat aku jelajahi. Terima kasih kepada en.Jabar rakan sepermainan jentera dahulu yang begitu bersungguh menerangkan kat aku skop kerja imaging document nyer tu.

Setelah selesai kira-kira jam 6 petang, seperti taknak balik masing-masing, kami akhirnya terpaksa akur untuk ke tempat penginapan di M Suite Hotel Johor Bahru betul-betul berhadapan dengan Danga bay. Hotel nice so dapatlah merehatkan diri semalaman sebelum bertolak ke singapura pada awal pagi keesokkanya. Sleep well hotel ni memang selesa, aku suka katilnya yang lembut sangat.

Seawal pagi 8 Dis 2009 telah membangunkan diri untuk melangkau masuk ke singapura, sebelum tu kena lah breakfast dulu di hotel. Setelah selesai dan semakan passport di buat kami menuju ke Singapura dengan penuh debaran. Untuk rekod ni merupakan kali ke 2 aku ke singapura untuk tahun ni. Perjalanan menaiki bas sedikit sebanyak agak berlainan ketika menaiki kereta dahulu, ini kerana kami terpaksa turun bas bagi berurusan dengan Imigresen ke-2-2 negara ini. Alhamdullilah segala berjalan lancar kami tiba di destinasi lawatan pertama Nanyang Technology University.

NTU membuatkan kami amat kagum dengan apa yang di lihat, Library NTU seakan-akan konsep Perpustakaan Negara Malaysia, aku sedaya upaya menanya dan menanya bagi menimba ilmu yang mereka ada untuk pengalamanku. Ternyata teknologi dan kemudahan mereka sama sahaja seperti library-libraray yang lain, walau apa pun ia juga mampu menajamkan idea aku di sini.

Makan tengahari di singapura, kat kedai mamak je nasi beriani singapura + teh tarik = SingDolar 7.00 (RM 17.30) emm apa bleh wat dah terpaksa. Aku sempat juga shupping cenderamata untuk staf aku, susah jugak kalu staf bawahan ramai ni terpaksa berabis banyak tapi apalah sangat untuk nilai penghargaan dari orang yang menghargai. Abis gak about singdolar 48 emmmm RM RM RM100???…

Next location is National University Singapore, Library ini juga seakan-akan konsep sebuah perpustakaan awam di Malaysia. Tapi ia merupakan sebuah library university. Tak tergambar nak dikatakan. Melawat hamper 2 jam di sini bagaikan 2 minit xpuas memandang tak puas bertanya walaupun lidah tergeliat dek speaking English. Tiba university sendiri kira-kira 1 pagi. Esoknya aku terus kepneatan dan bercuti membesarkan perut di rumah…

picture told everything…..

Isnin, 14 Disember 2009

Bercuti Mengenang Kenangan Cinta 3 Hari 2 Malam di Pahang









Percutian ke tempat bermain lama sebenarnya lebih kepada mengimbau kenangan yang pernah aku lalui dahulu. Negeri yang banyak ajar aku mengenai kehidupan, perasaan dan pancaroba dalam berhadapan dengan kerenah manusia. Setiap inci laluan jalan yang di lalui pasti ada cerita yang aku kadangkala senyum, berfikir dan sedih sendirian.

Warna-warni inilah yang aku mahu ingati semula, bagiku sejarah itu untuk dikenang dan di hayati setiap kejayaan atau kekesalan yang kita pernah lalui dahulu supaya kita mendapat pengalaman dalam melalui masa-masa kehidupan kita di hadapan. Berbalik kepada percutian ini aku mengumpul segala orang yang aku kira ingin temui dalam satu jadual, dengan harapan dapat di kejar dengan masa, maklumlah aku ni seorang yang ber planner so kena lah tulis susur galur perjalanan, chewahhh cam VVIP gitu.

Aku sedar Pantai Timur sekarang berada dalam keadaan kehujanan, membawa jentera cantik merupakan satu kesilapan ke sana, tapi apa boleh buat jentera ini juga mempunyai kenangan di sana. Terpaksa redah kehujanan yang di hadapi sepanjang perjalanan pergi dan sempat meremang bulu roma apabila berselisih dengan abang X-men di jalanan, mujur segalanya terlepas. Jumaat lebih kepada Daerah Rompin, Sabtu dan Ahad lebih berfokus ke Kuantan. Ini lah serba sedikit jadual ku di sana:

Jumaat 4 Dis 2009
9.00pg
Bfast dengan zuragon/ nasi minyak

10.00pg
Merenung kali Terakhir

12.00tgh
Jumpa miziboy/Jai

3.00ptg
Kuantan Parade/Megamall

5.00ptg
Sauddin

8.00mlm
Paka Turbo Garage Indera Mahkota

9.00mlm
East coast mall


Sabtu 5 Dis 2009
8.00pg
Bfast nasi lemak

12.00tgh
Gambang

6.00ptg
Nasi Ayam Gambang

8.00mlm
En. Mat Noor

9.00 mlm
megamall

11.00 mlm
Taman Kerang

Ahad 6 Dis 2009
8.00pg
Bfast nasi dagang

10.00pg
Teluk Cempedak

12.00tgh
Inderapura

2.00ptg
Bertolak pulang

3.00ptg
Chini Timur 1

5.30ptg
Tiba Melaka

Khamis, 3 Disember 2009

Pening berfikir untuk bercuti Hujung Tahun


Team Haram ke Taiping on progress pada 18-20 Disember ni. Hotel juga hampir di tempah. So percutian ini di anggap settle. Minggu terakhir 2009 aku plan nak cuti seminggu, actually Cuma 4 hari je coz 1 Jan memang cuti.
Lama takkan nak duk umah je duit pun abis jugak so baik pergi bercuti sambil relaks mind yang telah serabut dalam masa setahun ni. Yang aku fenin sekarang nak pergi bercuti individu, memula aku ingat nak pi relax mind ke Genting layan suhu tapi apabila search website dia dah penuh dan yang tinggal harga mahal dalam RM128 semalam.
Aku berfikir baik layan relax di pantai hotel pun rege lebih kurang camtu, bezanya di Genting sama je aktivitinya, kalu di pantai luas pemandangan luas berjalan sampai sakit kaki. Otak mula berfikir camtu tapi lokasi tiada dalam bayangan, Port Dickson, Desaru, Mersing??? Esok survey lagi hotel or chalet.

Rabu, 2 Disember 2009

Menjadi kaunselor yang baik

Esok aku bercadang menyelesaikan konflik di antara 2 staf baru.Dah jadi bos kenalah menyelesaikan perkara ini. Aku takut persengketaan ini akan menjejaskan kerja dan prestasi tugasan. Aku dah nampak sedikit sebanyak akhir-akhir ini. Jadi kekhuatiran semakin sukar aku mengambil keputusan untuk mendapat penjelasan sorang demi sorang.

Paling aku takut keadaan terpendam bakal menjadi seperti ledakan gunung berapi apabila di keluarkan, bahaya siot. Aku bukanlah seorang penasihat yang baik dalam member kaunseling, aku memberanikan diri mengambil langkah ini demi kepentingan bersama atas dasar kawan sama kawan bukan bos dengan stafnya.

Mungkin cara ini sikap keterbukaan akan memberi peluang mengetahui masalah sebenar. Masalah budak-budak muda hati mudah panas jadi berlaku pertembungan ini. Aku juga tidak ingin ia menjadi dan di angkat sebagai masalah displin bagi jabatan.

Masing-masing tempoh perkhidmatan ada dalam 20 tahun ke atas. Sanggup ke nak tengok muka masing-masing dengan bermusuhan selama tempoh masa berkenaan. Kalau aku, aku tak sanggup. Jabatan bukan besar sangat, lari-lari pusing-pusing jumpa jugak. Hope aku berjaya esok..