Blogger Backgrounds

Selasa, 23 Jun 2009

Hari Bapa


19 Jun merupakan hari lahir bapaku, 20hb jun pula setiap tahun adalah hari bapa? Tak kiralah walau apapun tarikhnya, beliau tetap bapaku. Bercerita mengenai bapa, aku panggil ayah. Insan ini, insane istimewa bagiku. Membesarkan aku dengan segala kesusahan yang aku tidak pernah tahu erti semua nya itu dahulu. Ayahku pernah menceritakan secebis kenangannya bersamaku terdahulu. Aku di lahirkan di Johor bahru, bagaimanapun aku sebelum memasuki alam persekolahan di besarkan di Singapura kerana ayahku bekerja di sektor perkapalan bersama MSE ketika itu. Sudah menjadi lumrah di Singapura kebanyakkan orang di sana tinggal di flet. Terjadi satu kejadian flet kami duduki terbakar, bapaku bergegas turun membawaku menyelamatkan diri dalam keadaan tergesa2 ketika itu, maklumlah kecemasan sehingga dia tidak sedar bahawa kain yang di pakainya terlondeh dan tertinggal semasa meneruni tangga sehingga tidak sedar ketiadaan kain itu. Lawak? Jika di fikirkan ya, namun aku mengambil sedikit masa untuk berfikir ‘itu pengorbanan’ pengorbanan seorang bapa yang ketika itu hanya memikirkan keselamatan anaknya. Aku berterima kasih untuk itu. Bagaimanapula kisah susah payah dia bekerja bagi menyara keluarga? Ada kisah itu namun aku begitu tersentuh dengan cerita itu. Setiap kali melalui tempat kerjanya itu aku pasti mengerling penuh makna. Namun perkara paling tragic adalah pada tahun 2007, ayahku mengalami kemalangan industri sehingga membawa kepada kecacatan kekal di anggota badanya, sudah lumrah orang tua kita yang sepatutnya berehat tetapi tetap degil mahu bekerja. Aku faham sudah kebiasaan bekerja mereka akan merasa bosan duduk di rumah. Maka inilah yang terpaksa di tanggung oleh keluarga kami. Namun aku redha dengan suratan ini. Seperti lagu jong-jong inai. Kehidupan ini sentiasa ada nasib baiknya. Jika berdarah ibu kaki kita masih boleh bersyukur kerana jari tidak patah-kalu patah kita masih bersyukur kerana tidak terpotong jari, begitu lah seterusnya sehingga kematian dan kita perlu bersyukur kerana tidak menyusahkan orang lain yang terpaksa menjaga kita jika menderita kesusahan. Ayahku selamat dan masih mampu meneruskan rutin hariannya termasuk memandu kereta. Dia begitu tabah menjalani saat2 getir itu dahulu sedikit pun tidak mengambarkan kekesalan ataupun kesedihan, Aku kagum dengan sifat itu, tidak semua orang boleh menerima kenyataan seperti yang di alaminya. Aku sendiri pada mulanya menyalahkan tuhan dengan takdir itu, aku sedih dan termenung semalaman atas kejadian yang menimpanya. Namun perasaan itu terhakis sedikit demi sedikit, tapi aku tidak boleh menipu kadang kala aku terasa sedih jua dan terimbau segala kenangan lalu ketika dia masih sempurna. Dia ayahku Mohamed Bin Mustafa, saya sayang ayah inspirasi kehidupanku kini dan selamanya.

Hari ni juga merupkan Hari Kualiti bagi Organisasi aku, Hari Anugerah Cemerlang dengan kata lainnya, seorang staf aku menerima APC hari ini. Tahniah kepadanya dia memang sepatutnya menerima penghargaan ini atas kesetiaannya terhadap aku.Teruskan usaha semua untuk cemerlang.

Aku buka MP3 dan secara tiba-tiba aku teringat si dia! Ya dia yang berada di Rompin.Melayan sedikit perasaan seketika bersamanya, indah. Tapi semua itu telah tiada, cukuplah mengingat untuk menenangkan hati.oh ya aku hendak pergi melihat2 rim lah petang ni, mau ikiut jom..kang pengsan lak dengar harga rim hehehehe how about 3.2k?????

0 Komen: