Khamis 18 Jun 2009
Salam ketemu, lama tak mencatat apa2 dalam blog ni, jam menunjukkan jam 12.30 pagi. Aku belum berkesempatan untuk tido. Cuaca sejak2 akhir2 ni panas semacam je. Seminggu dua ni aku begitu sibuk mengurus program kemasyarakatan perpustakaan ke Sek Men Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin. Program yang di rancang bagi perpustakaan terlibat dengan kerja2 khidmat masyarakat di luar. Pada aku projek ni amat mudah memandangkan aku telah biasa terlibat dengan aktiviti dengan masyarakat ketika di organisasi lama dahulu. Bagiku mudah sehingga ada nya campur tangan bos di saat akhir seolah2 memporak peranda projek aku ini. Itu tak kena ini tak kena, sehingga keseluruhan team aku merasa tekanan yang amat sangat dari setiausaha hingga ke biro tugas-tugas khas aku. Aku tahu mereka mengerti ini di sebabkan oleh kerenah bos di saat akhir, aku selaku pengarah program sedaya upaya menyerap semua tekanan itu, namun aku tewas kerana aura itu terbias jua kepada mereka. Apa yang tidak kena? Aku telah merancang dan menjalankan kerja-kerja ini sejak 2 bulan lalu bersama team lantikan aku, yang aku jangkakan boleh di harapkan untuk membuat kerja. Padaku team ini hebat dengan kebolehan masing2. Kertas kerja serta senarai ahli dalam team aku telah di ajukan kepada bos 2 bulan lalu, bersetuju..namun di saat 2, 3 hari sebelum projek ia mula campur tangan mengatakan itu tidak kena ini tidak kena serba tidak kena..apa sudah jadi lagi? Hancur segala apa yang team aku rancang dan telah buat selama ini, rombak. Rombak bererti segala tentatif terganggu. Apa nak di kata, dia bos. Secara peribadi pada aku gangguan ini bakal mencacatkan keadaan. Aku sedaya upaya menenangkan team aku dengan tidak menunujukkan ke panic kan, mampu membuat lawak untuk memberi sokongan kepada mereka untuk terus berjuang bersama aku. Hakikatnya juga secara di belakang aku juga menggalami tekanan seperti mereka. Teruskan juga projek ini, secara peribadi aku mengatakan perjalanan program agak tidak cantik. Aku sedar bos memang begitu, ramai rakan sejawat di sini berkata itu memang kerenah dia, terpaksalah hadapi untuk 9 tahun lagi. Dengar2 kata seorang S44 akan berhenti dari perpustakaan ini untuk menyertai PERPUSTAM. Kalu betul seperti di dengar aku bakal kehilangan seorang mentor yang amat bernilai bagiku, ia umpama rujukan aku untuk membuat kerja walaupun dia tiada kaitan dengan unit ku. Namun kebaikan dan sifat tidak kedekut ilmu yang dimilikinya membuatkan aku senang meminta pendapat darinya. Ini hanya khabar angin, aku berharap ia tidak menjadi kenyataan.
Jumaat 19 Jun 2009
Seawal pagi segala kepeningan telah bermula, aku memastikan team aku berada dalam keadaan bersedia sebelum ke tapak lokasi. Sibuk betul aku ke sana ke mari memastikan biro teknikal dan logistic berada dalam keadaan sepatutnya. Jam 12.30 tghari kami memulakan perjalanan ke sekolah berkenaan, sempat terlena di kerusi bas seketika keletihan mungkin. Tiba di sekolah segalanya berjalan lancer, Nampak aman damai perjalanan program hari ini. Cuma apa yang aku boleh katakana fasilitator yang dicari oleh bos terdiri dari team anak-anaknya semacam tidak menjadi akibat kekurangan pengalaman mengendalikan modul. Mujur terdapat 4 orang dari team aku mahir dengan modul untuk motivasi dan di serapkan ke dalam team fasilitator.Biarlah aku seakan malas dengan kerenah fasilitator. Bagiku kerana mereka banyak tentatif perancangan awal yang aku bangunkan terganggu dan menyusahkan team aku. Walaubagaimanapun aku aman sedikit di petang hari. Uh aku selesema pulak nak tido awal malam ni..emmm nak mimpi apa yea? Haaa original rear bodykit….sslurrrpppp..tunggu…aku bercadang 29hb ni untuk menghantar jenteraku ke bengkel cat and bodykit..tak sabar rasanya walaupun secara kasar RM 4k akan melayang, gila memang gila..
Aku berangan-angan ingin mengambil sebuah jentera lagi yang berkapasiti 1.5cc atau 1.8cc ataupun 2.0cc? ahhh ini hanya angan-angan sahaja. Tapi padaku angan-angan akan ku jadikan impian dan impian akan ku jadikan kenyataan. Tanpa angan kita tiada matlamat hidup, apalah erti hidup yang singkat ini jika tidak di layan dengan angan-angan. Bermula angan-angan juga aku mula merancang kewangan untuk itu semua, emmm rumah RM775 baki gaji ada lebihan, saving? Ehh itu 20% yang rutin, enjoy? Hheheheh ada-ada…apa jenama dalam otak ni yea Toyota Vios? Mitsubishi Lancer? Nissan Sentra? wuu sejak akhir-akhir ni cam Toyota WISH tu menarik perhatian aku, berapa yea bulanan? RM 1k lebih? Xmampu ler setakat ni tapi kereta ni untuk jangkamasa panjang amat sesuai mana lah tau takdir terkahwin nanti mesti ada anak, so sesuai tu untuk kapasiti penumpang yang semakin membanyak..wau produktif ke? Masa depan siapa yang tahu, corak nya bermula dari kita yang mengukir nya dari sekarang. Jangan tersalah ukir tuhan pula di salahkan.Eh berangan pula aku……………………….
Sabtu 20 Jun 2009
Seharian aku di sekolah Menengah Tahfiz Chenderah, aku berada dilokasi seawall jam 8 pagi melihat team ku melakukan kerja masing-masing. Setakat ni aku berpuas hati dengan aktiviti yang di lakukan mereka. Ke sana ke sini aku memastikan semua berjalan lancer dalam cuaca yang agak panas. Ada satu perkara yang amat menarik perhatian aku sepanjang program ini, para pelajar ini di masukkan ke sekolah ini bagi di jadikan seoarang yang hafaz al quran pabila tamat tingkatan 5 kelak. Wau hebat insan-insan ini. Siapalah aku jika dibandingan dengan mereka. Mengambarkan pedang sebagai tanda keberanian, siapalah kita hanya setiap kali membuat logo menggunakan warna merah, merah dan merah. 2pagi aku pulang ke rumah setelah tamat aktiviti terkahir mala mini. Sungguh memenatkan, segalanya akan berakhir esok.
Ahad 21 Jun 2009
Selesai, kelegaan melanda kira-kira jam 11 pagi. Segala kepayahan selama beberapa bulan dan di tambah tekanan pertukaran tiba2 di saat 3 hari terakhir tamat sudah. Memang tak dapat digambarkan, ku lihat semua team ku ceria umpama mentari muncul kembali. Terima kasih untuk semua yang bersama-sama ku menempuh perjalanan program ini. Aku ingat merehatkan minda.
Isnin 22 Jun 2009
hari meeting datang lagi, aku tak buat keje hari ni asyik menghadiri meeting. Meeting pertama seawal 9 pagi berakhir 1 petang. Lari ke JPJ sekejap coz lesen aku mati harini. Di sambut meeting Festival membaca 2009 jam 3 petang sehingga 5 petang. Itulah hari ini.......
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan