Bekerja selepas hari raya merupakan salah satu antara beberapa kemalasan kita hendak bekerja, percaya atau tidak kita kena sedari hakikat itu. Walaupun manusia punyai bermacam ragam, di dalam konsep kemalasan perkara yang tidak di suka adalah sama. Berbicara bekerja selepas cuti panjang ini membuatkan kita serba lemah dalam melalui hari-hari pertama ini. Bagi ku memulakan hari bekerja sehari awal dari rakan-rakan yang lain. Ahad yelah hari ini, ni kira bekerja sambil mencatat blog. Peraturan baru perpustakaan ditugaskan seorang pegawai dari jam 10 pagi hingga 3 petang untuk menjaga Meja Penasihat Pembaca di samping 4 pembantu bertugas di kaunter. Sebenarnya bukan giliran aku pun tetapi mengantikan rakan yang bercuti lama balik ke kampung, apa salah nye berkorban aku pun kampung bukan jauh mana pun, tekan minyak satu jam setengah tiba lain lah tempat kerja dlu 5 jam tekan minyak huhuhuhu. Pengguna tiada hari ini, bos baru lalu dia kata tutup je pas lunch. Adakah kata-kata dia betul? atau kalau kita tutup lepas ni dia lupa kita kena? uh berbagai persoalan timbul. Di sini aku harus bijak membuat keputusan, tapi kadangkala selalu nye bos lagi bijak, yelah dia kan abang ehhh bos.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan