Sepanjang minggu ni Universiti begitu sibuk membuat persiapan bagi mengadakan malis konvokesyen yang ke-5. Tidak ketinggalan aku juga, aku di letakkan dalam AJK Pelaksana 2 di bawah jawatankuasa Pegawai Pengiring VVIP. Wau hebat dengar pangkat tu. Aku di tugaskan mengiringi Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Tugas ku adalah melayan segala kerenah NC ini sepanjang 2 hari konvokesyen berlangsung. Apa sahaja termasuk kalau dia nak pergi makan ikan bakar pun. Aku membawa reputasi Universiti dalam melayan tetamu ke hormat bagi konvokesyen ini.dalam mendengar kepayahan ini aku merasa begitu berbangga memikul tanggungjawab ini, best juga kan dapat mengiringi dan mendampingi VVIP ni. Aku lupakan segala keNegatifan kerenah melayan VVIP.
Setelah di hubungi PA NC UPM ini, ternyata dia hanya menghantar wakil sahaja dari UPM, sungguhpun wakil bukan calang-calang orang ia adalah TNC jaringan industry Prof Tee. Semua data telah di perolehi. Beliau hanya datang pada pagi konvokesyen sahaja sehingga tengahari. Nampaknya aku tidak perlu bersusah payah banyak untuk tugas ini. Tak sampai hari kedua pun dia. So sebelah petang boleh lah aku ke tapak Autoshow sempena Pesta Konvokesyen. Bagi melihat hobiku, yang aku rasakan dah mula perlahan sekarang, mungkin aku ni dah tua kot or dah mula fikir untuk jentera besar, Adus berat kepalaku.
Hari ini juga aku dimulakan pagi yang aku rasakan sedih sedikit, lagu kenangan aku dengan dia muncul di radio seawal pagi. Flashback memori muncul tiba-tiba. Perlu ke aku mengingatinya? Tak perlu ingat ia telah umpama sebati dalam sudut hatiku.
“Ku cuba re-dakan relung hati, wajahmu yang berlalu pergi, terlukis di dalam kenangan, bebas bermain mindaku, cerita- tentang masa lalu , cerita tentang kau dan aku, kini ting-gal hanya kenangan, kau ada di dalam hatiku…………………………….”
0 Komen:
Catat Ulasan