Berbicara imbuhan ‘ter’ adalah merupakan perkara yang kita hadapi secara tidak sengaja, bukan di atur oleh diri, kira nasib sendiri ler. Sama ada baik atau buruk sesuatu ‘ter’ itu terpulang pada individu itu. Berbalik kepada aku, ‘ter’ yang dimaksudkan adalah sesuatu yang buruk. Terserempak dengan JPJ ronda adalah sesuatu yang amat menakutkan dan boleh menyebabkan tangan terketar serta darah menjadi kering. Bermain kereta convert bukan baru bagi aku, biarpun angka 11 tahun begitu lama namun kecuakan terserempak dengan objek berpajero biru dan kini berwarna oren dijalan raya adalah sesuatu alergi yang amat membahayakan, lebih bahaya dari segalanya. Kira tahap boleh membunuh serta merta di tempat kejadian.
Pagi yang indah semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas tiba-tiba aku terserempak dengan pajero biru ini di suatu persimpangan. Mujur dia di depan dan terdapat persimpangan jalan di hadapan yang membolehkan aku menyimpna ke kiri. Cuak sebab lampu amaran pajero berkenaan telah dinyalakan apabila melihat jentera ku. Aku tak pasti sama ada lampu itu di tujukan kepadaku atau lori dibelakangku.
Ketar memang tak hingatlah mujurlah aku tak mudah panik di tempat kejadian.
Petang semasa pulang bertugas aku menggunakan jalan belakang, tujuan mudah sebab dah terserempak di jalan hadapan pagi tadi, punya lah jodoh aku dgn pajero biru ni kuat ahri ini sekali lagi terserempak membuatkan aku menyimpang ke stesen minyak berdekatan. Di kira-kira apa punya malang hari ini. Haiii mujur tiada yang ke tiga.
0 Komen:
Catat Ulasan