Blogger Backgrounds

Selasa, 11 Mei 2010

Sikap vs Pistol



Tiga kes anggota polis menembak remaja dalam masa 2 minggu begitu meloyakan aku. Agensi kerajaan yang aku amat percaya menjaga keselamatan kita dari orang jahat, bahasa mudah bukan, tak perlu bahasa yang susah untuk di fahami. Diri kita sejak dari kecil lagi telah dipegaruhi oleh sentimen kepolisian itu hebat, nak jadi polis atau askar merupakan cita-cita biasa bagi kita disekolah. Aku pun tak faham masa tu, tapi yang aku pasti ia hebat.

Menjelang remaja, kita takut pula polis entahlah yang aku tahu juga polis tangkap orang salah, walaupun hakikat aku tak bersalah tapi kita tetap takut dengan polis. Pergerakan polis di kaitan dengan orang jahat jadi pergerakan mereka kepada kita merupakan sesuatu yang di takuti kerana merasakan kita orang jahat itu. Orang jahat kita tidak kenal walaupun mereka mendekati kita. Perbezaan juga mudah mereka tidak kita kenali berbanding pakaian seragam polis itu sendiri.
Dari dulu sehingga kini aku juga terdetik takutkan sentiment kepolisian ini. Roadblok, rondaan kereta peronda, rondaan jalan kaki dan pelbagai lagi cara mereka menjalankan tugas. Aku di memek kan dengan maklumat yang mengatakan mereka ini sedikit kasar melayan pesalah walaupun belum terbukti bersalah tambahan pula aku tidak mengetahui hak-hak seorang awam. Jadi tindakan mereka betul atau salah kita tidak ketahui.

Berbalik kepada kejadian tembakan tersebut, aku mungkin mengandaikan bahawa segala tindakan dipegaruhi oleh sikap geram dan tidak puas hati terhadap orang yang dikejar. Macam orang awam dapat tangkap peragut, apa diaorang buat dulu untuk melunaskan rasa marah? Fikirkan. Berkaitan senjata api aku mmg tak boleh terima penggunaan terhadap kes-kes yang tidak dinilai terlebih dahulu sebelum tembakan dilepaskan. Tembakan tersasar, apa guna ada kelayakan menggunakan senjata api jika tak tahu menembak. Seharusnya anda pakar dalam bidang anda, jika tidak pakar cari sahaja kerja lain yang anda rasakan boleh pakar. Ada pepatah mengatakan “ u not relevant in here, if u don’t know how to you job’
Sekarang terserah kepada panel khas bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan ketelusan mengemukakan fakta sebenar kepada umum jika tidak mahu sentiment ketika remaja aku menyelinap ke remaja lain. Ini sekadar luahan dari perpektif aku bukan untuk mencerca tapi memaksa untuk aku berfikir, sama-sama berfikir. Walaubagaimanapun pepatah “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” harus tidak diberikan. Kerana jasa selama ini yang panjang boleh meneutralkan keadaan, takkan kerana 3 kes hancur segalanya.
Dari itu ubahlah perpektif anda jgn bawa perpektif cepat melenting sebaliknya melenting dengan fakta. Jangan salahkan lantai jika kaki tiada. Love peace not war.

0 Komen: