Blogger Backgrounds

Rabu, 19 Oktober 2011

Jiran Meninggal dan Kete Breakdown



16 Okt, seharian aku melepak kat umah sambil melihat orang wat pagar umah aku yang dalam pembinaan. Setelah gelincir matahari dari garisan tengahari, mendapat panggilan dari mak aku yang menyatakan jiran aku meninggal dunia. Agak terkejut kerana walaupun aku tahu kesihatan arwah agak terganggu sejak akhir-akhir ini namun tidaklah menyangkakan kematian menjemput sebegitu dekat.

Aku bergegas pulang, walaupun aku sedar jentera aku tidak begitu fit 100% di jalanan, kemungkinan gangguan vacuum yg tidak stabil, Namun digagahkan juga untuk dibawa pulang. Seperti amaran awal buat pertama kalinya jentera aku telah breakdown di km 176,3 arah selatan lebuhraya PLUS dalam panorama penuh tragic ketika hujan lebat, mujur dilebuhraya.

Panik ohhh tidak, segera menghubungi PLUS dan bantuan tiba dalam masa 30 min selepas itu, jentera aku di tow hingga keluar Tol Tangkak, syabas dengan keramahan dan kemesraan anggota ronda berkenaan. Tow truck insuran kete aku telah menunggu ditol berkenaan untuk dibawa pulang ke ayer keroh semula secara percuma. Terima kasih kepada insuran yang aku amik sejak memula membeli jentera ini MSIG.

Ramai tak tahu bahawa setiap syarikat insurans ada menawarkan tow truck secara percuma, rugi kalu tak guna. Rugi ler bayar insurans kete kalu tak tahu hak dan bodohlah anda jika tak baca polisi heheheheh pasni tengok balik polisi tu.
Selamat tiba di Ayer keroh, tiba di bengkel namun tutup pulak, so esok sahaja lah.

Terima kasih kepada pemandu tow truck yang juga sebegitu mesra sepanjang perjalanan.
Sekarang kete dah ok, sebab mudah “ignition coil failure” hahahah rm100 settle…patut ler sebab dah lama, emm sejak beli tak pernah bermasalah..patut pun…xkisahlah.

0 Komen: