Blogger Backgrounds

Khamis, 22 Disember 2011

Bila Impian Sendiri Untuk Orang lain


Dulu aku hanya punyai impian yang hanya aku akan berusaha penuhi untuk kepuasan dan lambang pencapaian aku. Aku tak pernah pulak fikir pasal orang atau sekeliling mengenai impian aku itu. Bagiku aku dah berusaha jadi aku layak untuk menikmati impian aku itu. Ramai juga orang yang mungkin berfikiran macam aku ini.

Bila menonton Tv semalam, aku seakan mula terfikir kembali bagaimana ke arah impian yang lebih besar untuk menafaat bersama ataupun tanpa menafaat kepada aku sendiri langsung. Yea impian Tun Mahathir ke arah 2020, dia cipta impian itu, dia berusaha ke arah itu namun akhirnya impian itu jika berjaya adalah untuk rakyat Malaysia? Beliau dapat apa? Dan mungkin juga masa memperkenal dan berusaha beliau telah berfikir akan umur belaiu sama ada panjang atau tidak(dengan usia mungkin 95 tahun kelak).

Ya inilah dinamakan mencipta impian untuk orang lain. Sekali imbas pun aku dapat membayangkan diminda. Besar sungguh impian itu untuk kesenangan dikecapi generasi 2020.

Aku pun harus memikirkan sesuatu “impianku untukmu” bila?

0 Komen: