Blogger Backgrounds

Khamis, 22 Disember 2011

.......S-B-P-A ohhh S-B-P-A...........




Kencangnya perdebatan sejak bulan nov lalu, hebatnya orang kita membuat spekulasi, hebatnya kuasa FB, SBPA yang mengantikkan SSM pada 1 Januari 2012. Lama dah tahu sejak belanjawan aritu lagi. Walaupun ada yang tak tahu pun pasal belanjawan t terus jadi tahu apabila ringgit di janjikan.

Bukan sahaja SBPA, sebelum itu rm100 untuk bantuan budak sekolah, bantuan rm500 untuk isi rumah berpendapatan rm3k. Golongan yang tak tahu pasal belanjawan pun tiba-tiba celik mendengar mengenai ringgit? Sudah pandai berkata pasal borang dan di mana harus memperoleh sumber ringgit tersebut. Ada manusia yang tahap pergi kerja kaku depan PC pun tiba-tiba aktif bergerak mendengar perkhabaran ini. Begitulah hebatnya ringgit. Tu belum lagi bercerita apakah sumbangan nyer kepada Negara, komuniti dan juga tempat kerja serta keluarganya sendiri lagi, terasa macam tak layak je manusia tu.

Ini yang aku lihat gelagat manusia sejak pengumuman belanjawan tempohari.Aktif dan pantas, celik dan ligat.

SBPA? Aku bersyukur kerana telah belajar dari pengalaman manusia-manusia organisasi lamaku dahulu. Bagaimana mereka berpencak silat apabila mendengar khabar angin yang pastinya belum sahih lagi. Begitulah manusia hingga kini masih sama. Gelagat yang aku suka lihat, namun di sini perpekstif nyer mungkin jauh lebih baik dari organisasi dahulu. Bersilat sedikit2 tu biasalah tetap ada.

Selepas mendengar taklimat, aku baru faham dan apa maklumat yang di bentangkan aku fahami, usah di Tanya perkara yang belum dibentangkan. SBPA ini belum lagi menyeluruh, semacam kita ingin mewujukan 1 buku yang mempunyai 365 mukasurat, yang terkini siap baru 100 mukasurat.

Jadi jangan ditanya apa ada dimukasurat 300. Jelas pelaksanaan nyer berperingkat dengan dikatakan ada 13 pekeliling lagi pelengkap bagi SBPA ini. So tunggu update dari semasa ke semasa. Apa yang telah diterangkan setakat ini aku fahami dan jelas tiada penindasan. Khabar angin dan spekulasi luar? Biarkan mereka, aku hanya percaya pada yang rasmi.

Perlu di ingat setiap yang baru akan pasti berlakunya perubahan. Tiada erti perubahan jika tiada sesuatu yang baru. Dan yang baru itu memang sukar diterima, sebab? Mudah kita belum biasa.

0 Komen: