Mula aku ketahui pada bajet 2012 yang lalu (hujung tahun 2011). Sebagai kakitangan awam dan kebanyakkan juga yang lain -yang diambil berat cuma bab bonus, bonus, bonus tu je hal-hal lain tak amik port sangat pun. Namun pada nyer aku tertarik dengan BR1M, amanah saham SARA yang 5k tu, pendapatan sehingga 3k utk umah 1 mesia dan tentu sekali SBPA.
Meniti hujung tahun 2011 dengan seakan satu pupukan slogan di minta iaitu pilihanraya aku menjangkakan 2 perkara iaitu bonus dan kenaikan gaji, yea memang betul sebelum hari raya dapat setengah bulan bonus dan bila bajet dibentangkan dapat lagi setengah bulan so finally it one month bonus. Ok done!
Kenaikan gaji cuma aku anggap sebagai kenaikkan gaji macam tahun 2007 (ingat lagi masa ni hutang jentera aku habis dengan pihak maybank, nyaris nak angkat jentera 2.0 Perdana) bila bajet di umumkan rupanya skim ditukar SSM to SBPA (WTF…..What The Frog?). Selepas tu mula gelombang tentang bermacam2 khabar angin mengenai gaji, gaji je lah sebab org tak kisah bab lain pun. Aku pun tertarik dengan gaji dan skim umur pencen.
Gelombang ini aku rasa dalam bulan 12, dengan tergesa2 nyer segala sector dan jabatan kerajaan giat membuat presentation mengenai skim ini dan mcm dapat di andai seakan memaksa menandatangani SBPA (memang pun SSM death end). Aku faham 1 perkara, SBPA ketika tu memang xcomplete lagi (aku jangkakan masa PM umumkan masa bajet satu perkara pun mengenai SBPA ni belum wat) banyak pekeliling dlm SBPA belum didedahkan sedangkan kakitangan awam kena tandatangan, tambahan pula ketika itu bulan 12 dan nak dilaksanakan pada Januari 2012. Maka semua lah tandatangan sedangkan masa itu si Omar (CUEPACS) sibuk kata jangan tandatangan.
Pro atau contranya SBPA masa tu memang kena tandatangan jugak, apalah si omar tu ngarutkan….ok fine nak perjuangan kakitangan kerajaan. Maka kerajaan pun hold dan wujudkan satu team kaji SBPA. Pulak dh cakap nak tarik balik untuk kaji. Ok Fine!
Bila dah kaji keluar kenyataan SBPA di mansuhkan??? (WTS… What The Froggie?) Apa ni wat kenyataan, Orang besar plak tu pastu tarik balik, commonlah kita nak orang besar yg yakin dengan keputusan sendiri bukan jenis cakap pastu tarik balik, tak kaji ke dulu sebelum keluarkan kenyataan. Ni bukan cerita kat sekolah atau Taska Kg Pisang. Aku boleh terima lagi kalu SBPA itu ditambahbaik tapi bukan dimansuhkan. Aku bukan sokong SBPA atau SSM, tapi aku melihat keputusan yang telah dibuat sebelum ini di tarik balik, bagaimana corak dalam membuat keputusan terdahulu itu. Untuk rekod ‘aku bukan suka politik’ biru, merah, jingga atau apa saje warna aku xsuka.
Lebih menggelikan hati si Omar sebelum ini yang duk marah sana marah cni sekadar mengeluarkan kenyataan “ emm gaji akan dibayar atas tunggakkan’ mcm gitu ler lebih kurang maksudnya..hahahaha kalu di lihat dari penarikbalikkan SBPA td dan penggunaan SSM semula..Aku lihat sama je dari segi gajinya…mungkin ada yang jawatan jumud dan kenaikkan gaji jangka panjang yang aku kurang melihatnya.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan