Penculikan adik kecil Nurul Nadirah Abdullah 5 tahun aka Dirang dalam minggu lepas ketika membeli mi segera dan telur bersendirian ke kedai mungkin tak berapa famous untuk di ikuti oleh dada-dada akhbar atau muka TV. Tak besar pun coverage yang di buat, setahu aku minggu lepas ada 2 penculikan kanak-kanak yang suam-suam kuku je dilaporkan. Tapi selang beberapa hari mangsa kedua telah ditemui di lebuhraya. Agak malang apabila si Dirang tidak dijumpai sehinggakan polis mengumumkan penemuan rangka kesan terbakar yang ditemui adalah si mangsa.
Aku tertarik dengan kes Dirang sebab dia xpopular sebelum dan tiba-tiba popular minggu ini. Tapi aku telah mula tertarik minggu lepas apabila pihak polis dalam statement awal mengatakan ia bukan kes culik dan beberapa suspek mula di soal siasat dan salah seorangnye adalah bapa mangsa. Yes kes menarik yang nampak susah tetapi telah mula di lengkapi puzzle. Kes ini juga menarik perhatian Sultanah Johor melawat ibu mangsa di kediaman mereka.
Tup Tup…keluar berita minggu ni, rangka yang dijumpai kesan terbakar sah bukti DNA milik mangsa dan beberapa suspek telah ditahan. File closed.

Itu sebahagian rentetan cerita yang kita ketahui melalui paparan media. Tapi kes sedemikian bukanlah baru terjadi, ia sudah lama seperti sebati dalam masyarakt moden hari ini. Cuma adakah masyarakat mengambil iktibar serta perhatian dan tindakan yang perlu dibuat, adakah?
Sebagai orang biasa kita kerap kali atau 100% menyalahkan kecuaian ibu bapa, namun bukan keseluruhan factor itu adalah ibu bapa, masyarakat juga harus termasuk di dalam peratusan tersebut. Namun apabila menyalahkan orang lain, kita memang pakar. Terjadi lagi akan salahkan orang lagi. Tanpa sedikit pun sebelum ini memikirkan jalan penyelesaian. Itu lumrah sampai bila-bila pun. Mendengar slot pagi HOT FM menemuramah Penganalisis Jenayah Saudara Kamal Effendi (bila nak dapat pingat Datuk ni? Bukan pingat Dato’ yea) seakan terbuka minda bahawa kursus pencegahan dan cara menghadapi penjenayah adalah perlu di terapkan kepada kanak-kanak. Bukan sahaja kursus kebakaran, kursus menghadapi penjenayah di saat memerlukan adalah penting bagi kanak-kanak. Contoh mudah, bagaimana kaedah menjerit dengan betul ketika menghadapi kecemasan? Ibu bapa atau guru mungkin berkata supaya menjerit tapi tiada praktikalnya oleh kanak-kanak itu. Lontaran suara secara live perlu. Itu contoh mudah dan banyak lagi cara lain yang kurang dipraktikkan. Kini kebanyakkan kita hanya bila dah terhantuk br terjadi situasi kura-kura terbalik…panik….takut…..itulah kita.
Selagi ada mangsa dan peluang maka di situ wujudnya penjenayah.

0 Komen:
Catat Ulasan