Blogger Backgrounds

Rabu, 18 April 2012

Ayoyo.....ini macam bolehkah?











Berita Harian Metro:


SUBANG JAYA: Lima pelancong warga Thailand dan seorang pemandu lori kontena cedera parah dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di Lebuh raya Elite, di sini, malam kelmarin.
Kejadian jam 11.45 malam di Kilometer 13.8 Arah Utara berhampiran susur keluar Putra Heights itu bermula apabila sebuah lori kontena merempuh bahagian belakang bas ekspres yang berhenti di laluan kecemasan.
Difahamkan, bas ekspres terbabit berhenti serta merta selepas diarahkan peronda Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang memintas kenderaan itu.
Bas membawa 30 penumpang itu dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Hatyai ditahan selepas dikesan memandu melebihi had laju.
Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Azmi Mansur berkata, ketika rempuhan itu, kereta Proton Inspira dipandu anggota SPAD dan bas berkenaan sudah berhenti di lorong kecemasan malah, empat anggota penguat kuasa bertugas juga sudah keluar dari kereta untuk membuat pemeriksaan. Bagaimanapun, katanya, beberapa saat kemudian, sebuah lori kontena yang dipandu laju dari arah belakang merempuh bas berkenaan sebelum lori itu tercampak ke dalam gaung.
“Akibat rempuhan lori itu, bas terbabit melanggar belakang kereta anggota SPAD, namun mereka sempat menyelamatkan diri.
“Kemungkinan pemandu lori berkenaan mengantuk dan tidak menyedari bas ekspres itu sedang berhenti menyebabkan dia tidak sempat mengelak sebelum terbabas di sebelah kiri jalan dan terhumban ke dalam gaung kira-kira 50 meter,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan itu.
Katanya, semua mangsa yang cedera parah termasuk pemandu lori kontena yang kritikal dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.
Difahamkan, tujuh kenderaan lain iaitu lima kereta termasuk kereta milik SPAD, satu van dan sebuah lori tiga tan terbabit dalam kemalangan itu selepas tidak sempat mengelak bas ekspres serta lori kontena berkenaan.
Sementara itu, SPAD menerusi satu kenyataan yang dihantar kepada Harian Metro semalam, menafikan kemalangan berpunca daripada tindakan anggotanya memintas dan memberhentikan bas ekspres terbabit secara mengejut.
“Ketika kejadian, dua anggota SPAD sudah berada di dalam bas terbabit manakala dua lagi anggota berada di luar bas,” kata kenyataan itu.



Komen aku:


Terkejut aku menonton berita jumaat lepas..Pertama kenapa jadi cmtu? Kedua ehh SPAD boleh tahan bas? Ketiga Ghairah kah sampai terlupa prosedur? Keempat kenapa sampai banyak kenderaan terlibat?
Inilah dia persoalan yang aku fikirkan dan aku juga hampir melengkapi jawapan-jawapan nyer melalui sedikit pembacaan di internet. Ada blog memperincikan mengapa dan kenapa. Tapi rata-rata semua memandang negatif kepada SPAD. Jika dilihat pada gambar kemalangan dan kedudukan kenderaan SPAD aku sendiri hampir yakin kebocoran kecuaian semasa melaksanakan prosedur arahan berhenti.
SPAD dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka tidak bersalah dalam hal ini, wah awal2 lagi dah cakap tak bersalah. Salah atau betul dalam Negara demokrasi ini keputusan salah atau betul di putuskan oleh mahkamah, bukan pihak terlibat.
Diharap perkara ini tidak akan berlaku pada masa akan datang dan pihak yang memantau perjalanan badan-badan penguatkuasaan di jalanraya perlu lah tidak sewenang-wenangnya membenarkan kuasa yang ada seperti polis tidak dilibat sama kepada agensi-agensi lain. Aku seperti luahan terdahulu-terdahulu agak kecewa dengan Negara ini yang mempunyai banyaknya agensi penguatkuasa di jalanraya, namun apabila tiba musim perayaan lepas OPS skikap gagal hanya pihak polis sahaja di persalahkan, mana mereka2 yang lain? Nak sebut? Korang semak-semak lah siapa yang boleh saman korang di jalanraya Malaysia ni.


komen SPAD:


KUALA LUMPUR (13 APRIL 2012) - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (“S.P.A.D.”) hari ini mengesahkan bahawa sebuah kenderaan Penguatkuasa S.P.A.D. dengan nombor pendaftaran WVN 6719 telah terlibat dalam satu kemalangan yang turut membabitkan sebuah Bas Ekspress dan sebuah lori kontena. Kejadian berlaku pada jam 11.50 malam pada 12 April 2012, di KM13.3 di Lebuhraya Elit (arah Utara).

Untuk makluman, S.P.A.D. juga sering mendapat aduan melalui email dan twitter mengenai cara pemanduan kenderaan perkhidmatan awam dan barangan dalam keadaan merbahaya terutamanya pada waktu malam di lebuhraya Elit. Atas aduan yang sering diterima, pihak Penguatkuasa S.P.A.D telah meningkatkan pemantauan rondaan di lebuhraya tersebut.

Ketika menjalankan rondaan di lebuhraya Elit, Penguatkuasa S.P.A.D. telah mendapati Bas Ekspress dengan nombor pendaftaran JNA 6399 yang dimiliki oleh KKKL Sdn Bhd, dipandu dalam keadaan merbahaya lalu ditahan untuk pemeriksaan. Bas Ekspress tersebut telah ditahan di laluan kecemasan lebuhraya tersebut dan lampu kecemasan (“hazard light”) bas tersebut turut terpasang. Untuk makluman juga, kawasan di mana Bas Ekspress KKKL ini ditahan adalah berhampiran laluan susur keluar ke Putra Heights di mana terdapat banyak lampu-lampu jalan.

Sedang Penguatkuasa S.P.A.D. membuat pemeriksaan, sebuah lori treler dengan nombor pendaftaran BJF 6958 yang dimiliki oleh Veteran Timur Sdn Bhd telah merempuh belakang Bas Ekspress KKKL yang sedang diperiksa. Akibat pelanggaran yang agak kuat itu, Bas Ekspress ini telah bergerak lalu melanggar kenderaan S.P.A.D. yang berada di hadapan bas tersebut.

Selepas kejadian di antara Bas Ekspess, Lori Treler dan kenderaan S.P.A.D. ini berlaku, terjadi pula kemalangan yang melibatkan sebuah van dan dua buah kenderaan persendirian. Ianya merupakan kemalangan yang berasingan akibat kenderaan-kenderaan yang diperlahankan untuk melihat kejadian yang berlaku. Ada juga pemandu yang memberhentikan kenderaan mereka 100 meter dihadapan kenderaan Penguatkuasa S.P.A.D. Keadaan ini telah menyebabkan kemalangan di antara van dan kenderaan persendirian tersebut.

Berikutan kemalangan ini, pihak Penguatkuasa S.P.A.D. telah membantu mengawal trafik dan mangsa-mangsa yang cedera, sementara menunggu pihak polis dan ambulans untuk sampai ke tempat kejadian.

Ketika ini, kes kemalangan berada di bawah siasatan pihak polis mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan di mana antaranya termasuk juga membuat ujian air kencing ke atas pemandu treler tersebut untuk memastikan sama ada beliau bebas dari pengambilan dadah. Dalam masa yang sama, S.P.A.D. sedang membuat pemeriksaan terhadap Veteran Timur Sdn Bhd, pemilik lori treler yang telah merempuh Bas Ekspress KKKL Sdn Bhd.

S.P.A.D. amat serius dan memandang berat di dalam memperbaiki tahap perkhidmatan pengangkutan awam darat. Sehubungan itu, kerjasama dari semua adalah sangat dialu-alukan jika mendapati sesuatu keadaan yang membahayakan orang awam. Kami boleh dihubungi di talian bebas tol 1-800-88-9600 yang membolehkan S.P.A.D. memantau perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam darat.



aku suka komen blog ni:


0 Komen: