Blogger Backgrounds

Jumaat, 13 April 2012

sALAH SALAH ooo sALAh SIAPA......

Semalam aku tengok 999 Tv3, Bagaikan aksi dalam filem The Fast and The Furios, sekumpulan pelumba kereta bertindak berani dengan menganjurkan lumba pecut kereta jarak dekat secara haram di Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Skudai di sini tengah malam 31 march lalu.


Wau hebat tangkapan polis kepada golongon pengguna jalanraya yang berjiwa perlumbaaan. Sebanyak 103 kenderaan di tahan di tol skudai kerana di dakwa berlumba haram. Siapa salah? Siapakah yg harus di persalahkan?


Kita orang melayu mesti 2 persoalan ini akan wujud xkira apa situasi pun. Tetapi bagi aku persoalan yang lebih penting mengapa kesalahan itu terjadi?

Mengapa mereka-mereka ini minat perkara ini? Bila dah minat maka ia sama konsep cam belajar perlu ada sekolah. Jadi bagi konsep perlumbaan, minat ada mengapa ruang dan lokasi tiada? Mengapa-mengapa? Ia berlumba lagi dan lagi? Apa pihak berkuasa Nampak? Hanya kekejian dan kejar target penyalahkan orang2 ini? Mengapa tidak Nampak dan selami jiwa mereka? Mudah..sediakan trek, atau lokasi khas di hujung minggu…CUKUP..apa lagi masalah? Takut bating plak? Itu tugas korang lah pihak berkuasa, korang kan kata expert tentang perjudian, ikutlah tindakan sewajarnya. Jangan Nampak aktiviti ni je bab judi ni mcm2 aktiviti lagi berjudi malah secara terangan lagi, pi tengok2 perkara tu.

Aku bukanlah support lumba haram tetapi aku sedih dengan minat mereka yang boleh di salurkan secara sihat jika mendapat sokongan semua pihak. Sekarang ni byk aktiviti yang kurang diminati di angkat menjadi tumpuan. Tanpa memikirkan minat golongan-golongan ini juga. Benar kata salah satu petikan dalam filem hantu kak limah balik rumah “Itulah jadinya jika pemerintah dari golongan yg dh lama memerintah dah tua tanpa boleh fikir apa org muda nak, fikiran orang tua jadi hasilnya untuk minat orang tua” gitu ler lebih kurang maknanya.

Satu lagi aku tak suka dengar apabila pihak berkuasa melalui slot 999 itu mengatakan “biar jem jalan, jangan buka dahulu” tak fikir ker? Kesusahan pemandu lain yang tak bersalah, mana tau isteri sakit nak bersalin ke, semput ke, ada urusan penting ke….apa kitaorang yg guna jalanraya ni tak penting ke? Wah-wah-wah bila VIP nka lalu pandai pulak kau halau dan perambat kitaorang yg guna jalan raya ni suruh ketepi?


What the hell aku pun warganegara yang bayar cukai lah ko buat aku macam tu.

0 Komen: