Pehh lama sungguh xupdate blog, rasa cam malas je di sebabkan puasa dan juga aku sibuk mengejar target kerja aku. 3 kombinasi latar masa aku dah redah ek..ok lah cerita serba sedikit mengikut kategori ni:
Sebelum atau lebih dikenali sebagai hujung-hujung puasa, konflik cuti menjadi persoalan, macam biasa di organisasi ku ada yang sebelum dan selepas raya cutinya. Berdasarkan cuti tahun sebelum. Aku jatuh pada sebelum raya, memandangkan tahun ini jika bercuti sebelum puasa memang tiada maknanya aku telah gamble untuk ambil selepas raya Rabu, Khamis dan Jumaat. Tetapi ini baru diperingkat ketua bahagian. Ketua Bahagianku telah berbincang dengan semua staf yang asas cutinya adalah berdasarkan jadual sebelum dan selepas sebagai panduan, namun beliau masih membuka peluang bagi perbincangan tawar menawar. Bagi beliau unit mesti ada orang walaupun berdua sebelum atau selepas itu. Semuanya berjalan lancar sah aku dapat selepas sebab ada antara staf tidak mahu bercuti di sebabkan mereka adalah dari tempat/negeri organisasiku. Settle hantar ke big bos, dia bertegas mahu staf mengikut jadual gilirin dan menyebabkan terpaksa mengikut giliran tersebut, sah aku gagal terus aku mengambil keputusan untuk tidak mengambil cuti, maka tahun ini aku tidak bercuti raya, raya ke4 dah mula kerja. Perlu di ingat aku akan balas cuti tersebut di saat dia memerlukan aku, tungguuuuu..tiada alasan tak bagi aku cuti sebab aku belum bercuti untuk hari raya ini. Ahhahahahaha.
Selepas emm raya ke 4 dah mula kerja so suasana berbeza dari semasa hari raya, sebab bila dah mula bekerja suasana pun dah jauh dari feel nya, kecuali menghadiri open house yang dibuat oleh staf, tp feel more to rasa jamuan biasa je..hahahah alahai raya, apa sudah jadi……………..
0 Komen:
Catat Ulasan