Blogger Backgrounds

Jumaat, 24 Ogos 2012

Ulasan Filem hantu gengster


Aku seorang yang amat susah dalam memberi rating tinggi bagi sesebuah filem yang aku tonton di panggung, seingat aku dalam sejarah aku muali menonton filem hanya beberapa sahaja yang aku boleh ratingkan baik. Aku memberi rating 1 hingga 5 binatang (bukan bintang). Kebanyakkan filem yang terbaik aku pernah tonton mungkin 4 binatang, biasa2 ada yang 3 ataupun 2,5. Mungkin orang kata aku ini buta seni atautak reti menilai. Bagi aku pedulik apa orang nak kata, sebab aku melihat dari segi pandangan dan sudut aku sendiri. hati aku gembira, atau tidak tidak boleh di samakan dengan hati orang lain. Kerapkali aku katakan minat setiap kita tidak sama, minat makanan pun tidak sama. maka u know my point.

Cuti hujung minggu, tiba-tiba membuatkan aku hilang arah, maka dengan tidak sengaja nya telah pergi ke panggung tanpa tujuan jugak, Dan membeli tiket bagi tayangan 'Hantu gengster" serius filem ni promosi memang kurang gila, so aku agak kurang tahu. Pada mulanya aku tak tahu juga yang pelakonnya adalah 'Namawee" yang pernah hot berkenaan mempersendakan lagu negaraku dlu. tapi bila dah tau sifat namawee ni, maka sekarang youtube mcm2 mende dia kutuk. Orang dah tak kisah dah pun.

Hantu Gangster berkisar mengenai Namewee yang memegang watak sebagai Te Sai, seorang pencuri dan juga merupakan seorang ayah yang miskin kepada seorang anak lelaki berusia 12 tahun, yang mana akhirnya terjerumus di dalam ilmu hitam dan membawa dia memasuki roh bekas ketua ahli kongsi gelap yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Dia telah diminta untuk menghentikan pergaduhan di antara 3 cabang kongsi gelap itu dimana pergaduhan tersebut disebabkan oleh seorang ahli kumpulan yang kacak di antara mereka lakonan Farid Kamil.

Pada masa yang sama, Te Sai telah mencuba sehabis baik untuk menyelesaikan dilema di antara misinya dan sebagai seorang ayah yang masih mempunyai tanggungjawab. Menyentuh mengenai kehebatan para pelakon di dalam filem ini, pengarah , Namewee Berjaya membuktikan hanya dia seorang sahaja yang mampu memainkan watak sebagai Te sai.

Secara serius aku berani katakan Namawee mampu membawa wataknya dengan baik dan terkesan kat aku yang tengok ni..dlm watak ini beliau mempunyai perangai yang bersahaja dan kegilaan yang tidak dijangka yang mana agak sama dengan karakter yang ada di dalam filem ini,. Lawak film memang berlainan dari arahan filem-filem komedi yang lain seperti Afdlin dan jugak mamat khalid jauh sekali si Ahmad Idham atau razak Mohaideen.

Lawak yang lain inilah yang aku tunggu dalam cerita melayu. Bukan dari genre lawak yang sama je dari semua film. Sampaikan bila sebut si pengarah A, aku dh tahu cmne rupe lawaknaya. Mungkin kalu 1, 2 film ok lagi tapi kalu dah 10 film sama je lawaknya, apa the heeiii...

Aku suka dialog, aksi dan sindirin yang ada, Its complete abaout 1 malaysian.

Walaupun film ni nampak tidak mendapat sambutan, bagi yang membaca ulasan aku ini, cuba lah untuk menonton, jangan jadi macam film Hantu Kak Limah Balik Rumah, orang dah kecoh tengok kat panggung korang baru terhegeh nak car donlot pirate..lambat beb....pastu bleh xtau plak sebenarnya genre tu dah lama Mamat Khalid mainkan pada film sebelumnya..Dek sebab xsuka film melayu maka kita ketinggalan dan asyik dengan plot cerita cinta pengarah yang dah 10 kali main cerita yang sama. letak tajuk pun sama pas kembali, return, lagi... tu je lah tambah kat tajuk film nyer....

0 Komen: