Bajet Negara bagi tahun 2013 telah diumunkan oleh Perdana Menteri pada petang 28 Sept 2012 yang lalu. Aku dan jutaan rakyat Malaysia yang lain turut mengikuti…tetapi ada jugak berjuta yang tak dengar pun. Korang rasa semua orang faham ke pasal yang dibentangkan oleh PM tu?
(suasana di sebuah kedai runcit di kampung Seberang, 6.30 petang, selepas PM bentangkan bajet)
Makcik Esah : Wau dapat rm500 lagi lah PM bagi, budak sekolah pn dapat RM100 lg (xdengar pun pembentangan tu, sekadar tau-tau dr anaknya Manaf bdk ting5 yg terpaksa dengar sbb cikgu dia suruh)
Pekedai : Yelah baguslah….(dalam kepala, nasib baik td beli stok gula byk..esok trus iku rege baru naik 20sen)
Pak Harun : Eh bila bleh dapat duit tu ek? (kelihatan seolah ingin terus pergi ambil sebaik pembentangan tamat)
Mak Esah : Apalagi yea kita dapat?
Sani : Saya dapat RM250 sebab org bujang (tak kerja dah dekat 7 tahun, kerja yg ada mnyusahkan mak bapak dia je kt kampung tu)
Aku : Makcik Esah tau ke yang gula naik 20sen? Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan? Jumlah pendapatan utk PRIMA di naikkan ke 10k suami isteri?
Makcik Esah : glup…glup….ko lain lah keje kerajaan dpt bonus sebulan setengah….
Aku : erk???? Makcik esah tau petronas yg bkn kerajaan tu yang diluar bajet 2013 ni ,dia bagi staf dia 5,6 bulan bonus?
Makcik esah rebah dan kelihatan mati di kedai berkenaan……tetapi sebenrnya berpura-pura mati takut ade soalan dari aku lagi………………..
Itu petikan dialog realiti, yang mungkin anda boleh dengar, tidak kira kampung ataupun Bandar. Situasi bagus kerana mereka mengerti dan peka akan keadaan sekeliling, namun mungkin bagiku adalah mereka benar-benar sedar akan reality keseluruhan Malaysia ini?
Masyarakat Malaysia yang tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi tahu, satu sahaja semuanya berkaitan DUIT dan kepentingan diri mereka sahaja. Pedulik apa dengan ekonomi naik turun, kementerian X dapat 15 biliion, Jabatan Y ditubuhkan bla bla bla….
Bajet sepatutnya dilihat dan difahami dari pelbagai aspek, bukan aspek kepada diri sendiri sahaja, walaupun hakikat sebenar semua yang dibentangkan adalah untuk diri kita juga, lambat atau cepat itu sahaja. Contoh kementerian Kerja Raya jika dapat 15 billion maka salah satunya utk tampal lubang yang macam gaung kat atas jalanraya yang kita dok lalu hari-hari tu.
Yup untuk kita… hei untuk kita….(erk ni lagu sleeq ke?..mana Najwa?)
0 Komen:
Catat Ulasan