Blogger Backgrounds

Rabu, 10 Oktober 2012

Selamat ber PMR



Selamat menghadapi peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah kepada semua golongan pelajar yang berumur 15 tahun dan masih bersekolah. Walaupun ada sesetengah pihak mengatakan peperiksaan ini tak penting, tapi pada aku, perlu kerana ia mengukur prestasi diri bagi menentukan ke manakah perlu membawa diri pada tingkatan 4 kelak.

Dahulu aku menduduki peperiksaan PMR dengan cara sederhana, sebab sepanjang aku bersekolah, aku tak pernah bertusyen atau mungkin zaman aku tu tusyen tak dipandang sebagai sesuatu yang perlu. Cukup belajar dari jam 7.30 pagi hingga 1 petang setiap hari bersekolah. Yang penting aku fokus masa cikgu mengajar, Alhamdulillah memang cara itu buatkan aku faham dan xpyh bersungguh sangat untuk baca buku menjelang peperiksaan.

Selamat menjalani peperiksaan kepada semua calon PMR 2012…

0 Komen: