Blogger Backgrounds

Isnin, 28 Oktober 2013

Apa yang sebenarnya kita KEJAR


Apa yang kita kejar dalam kehidupan ini? Harta, Kemewahan, Kebahagian…yea sebut sahaja semua yang indah memang kita nak kejar bagi mendapatkannya. Berbicara mengenai kejar ia berkait rapat dengan kelajuan aka kepantasan. Jadi sejauh mana anda mengejar sesuatu yang indah itu secara laju aka pantas?

Aku mula terfikir suatu teori berkenaan perkara ini dalam aku belajar ni. Bila sambung belajar mestilah kena wat assignment, jd bila ada assignment mestilah ada tarikh hantar. Berbicara pula pasal assignment membuatkan aku seolah-olah inginkan kelajuan itu di perlahankan, namun apa dayaku, masa akan terus berlalu ke hadapan sambil membawa aku bersama. 
Kawan aku pernah berkata:

“walaumacamana tidak mahu pun kita pada hari berkenaan, ia tetap tiba, dan percayalah hari berkenaan juga akan berakhir.”

Memang benar hari berkenaan akan datang, dan benar juga akan berakhir………
Aku tetap terus berlalu bersama arus masa. Suka duka kena hadapi dan berakhir………
Begitulah seterusnya dan seterusnya…..

Aku mula berfikir kearah reality masa yang lebih global…dalam kehdupan ni untuk mengejar keindahan kita sering sahaja inginkan kepantasan. Sebagai contoh:
“cepatlah akhir bulan, coz nak dapat gaji”
“cepatlah 7 tahun coz nak cepat abis bayar hutang”
Cepatlah itu dan ini…………….

Sedar atau tidak semua itu final destination nya adalah KEMATIAN. Sebenarnya antara sedar atau tidak kita cepat nak menuju tarikh keramat tersebut. Aku baru perasaan lantaran kata-kata kawan ku itu.
OOOooo selama ini aku lupa akan pengakhiran itu. Aku jadi takut, banyak dah aku nak kelajuan itu, serba serbi nak laju..Oh reality.


1 Komen:

Teena Tna berkata...

Yupp. Mati itu pasti.
Terima kasih kerana mengingatkan kpd kematian melalui entri ini.

#SalamMaalHijrah