Bila masa kita suka seseorang? Maksud aku bagi jantina
berlainan lah, kalu yang sama jantina tu aku rasa pun sama gak kot…maaf aku
bukan gay. Aku nak cerita ni perspektif lelaki suka wanita yea….
Kenapa kita suka dan tertarik dengan seseorang itu? Wajah?
Perilaku?Bodykit?? erk dah macam kete plak aku
bandingkan..maaf..maaf…Memandangkan blog aku ini bukan blog ilmiah maka apa
sahaja yang aku fikirkan akan keluar, terpulang menilai.
Aku…yea aku…aku melihat dan tertarik dengan wanita itu
bermula dengan perilakunya, baru jatuh ke wajah..erk sebenarnya yang kedua
mungkin bodykitnya….hehehhehe…di samping apa yang Islam telah cadangkan.
Aku suka bertanya dan berbicara dengan siapa sahaja yang aku
jumpa, tidak kiralah di bus stand, di kedai makan, atau apa sahaja lokasi yang
memungkinkan aku bertemu orang, sejak akhir-akhir ini aku telah mula
kerap
membuat orang lain gembira dengan percakapan aku, yea mereka tersenyum, mungkin
mereka gembira…tetapi adakah suka? Itu terpulang kepada mereka. Aku suka
berkongsi rasa dan kegembiraan serta yang paling utama pengalaman.
Baru-baru ini aku ada ke kedai pakaian, ada seorang sales
girl melayan aku dengan baik, entahlah antara aku terperasaan atau aku yang
membuatkan dia tertarik dengan aku dalam perbualan menyebabkan dia berbicara
pasal ex boyfriendnya. Gara-gara exboyfriend nyer bekerja di bawah institusi
yang sama denganku. Mungkin dia mencintainya? mungkin dia juga menyanyanginya....
Perlu di ingat wanita tidak boleh berkongsi rasa dengan
lelaki yang tidak dikenalinya, kerana akan wujud second contact apabila lelaki
itu mula mengambil berat. Maka secara tidak langsung bermula putik-putik
suka-cinta-sayang. Dalam perbualan itu aku banyak mengatakan kepadanya bahaya
itu adalah pengalaman dan dia patut hargainya supaya ia tidak jatuh di dalam
lubang yang sama. JIKA aku ingin mengambil kesempatan, aku boleh saya membawa
kepada langkah seterusnya bukan? Jom keluar kita bicara lagi? Bagaimana? Aku
rasa zaman itu telah berlalu, aku sudah semakin tua, biarlah itu berlalu.
Tetapi yang paling penting aku banyak buat dia tersenyum. Aku berlalu………..
Bila masa cinta dan sayang? Sebenarnya aku mula terperasan
bahawa kedua-dua word ini berbeza. Perasaan ini akan mula terasa apabila kita
kehilangan orang yang kita cinta dan sayang. Di situ baru kita kenal apa itu
erti sayang dan cinta. Kita tidak akan benar-benar merasakannnya atau kita
tidak ambil endah dengan ke 2 perkataan ini, sebab apa yang kita miliki ada di
hadapan mata.
Aku kerap berfikiran bahawa apa yang aku ada ini amat
bermakna, aku sering memejamkan mata menipu otakku bahawa aku telah kehilangan
apa yang aku ada, serta merta perasaan sayang dan cinta akan muncul.begitulah
cara ku untuk tidak melupai sayang dan cinta. Mengambil masa seketika untuk
merenung jauh dan berangan itu semua. Syukur semua ini masih di sisi.
0 Komen:
Catat Ulasan